Wan Azizah Tak Layak Jadi Perdana Menteri Kerana Curang

18/05/2017 – Gagal mencapai kata sepakat, sehingga hari ini Pakatan Harapan masih diam membisu mengenai pemilihan calon perdana menteri yang paling sesuai sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Sebaliknya pelbagai nama dipetik di kalangan pemimpin parti masing-masing.

Ini dapat dilihat sejak akhir-akhir ini calon perdana menteri dikalangan pembangkang yang hangat diperkatakan ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga ‘Perdana Menteri sementara’ Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditemu bual oleh wartawan Al Jazeera minggu lepas dalam rancangan Upfront, Wan Azizah mengatakan beliau tidak kisah memegang jawatan Perdana Menteri buat sementara waktu sehingga suaminya dan pemimpin sebenar parti pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Dalam bahasa mudah, Wan Azizah mahu menjadi Perdana Menteri sementara sehingga suaminya dibebaskan dari penjara dan layak untuk bertanding di dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, Wan Azizah tidak layak untuk memimpin Pakatan Harapan apatah lagi untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri interim. Itulah yang disifatkan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz.

Sungguhpun Presiden PKR itu jujur mengakui bahawa beliau akan menjadi perdana menteri sementara, Tunku Aziz menganggap ia satu bentuk pengkhianatan dan bukti beliau curang kepada penyokong pembangkang.

“Dia sepatutnya menolak daripada memegang jawatan sebagai pemimpin PKR. Beliau hanyalah sekadar pemanas kerusi yang tidak memberi kepimpinan efektif kepada PKR.

“Saya rasa ini bertentangan dengan apa yang dimahukan oleh pengundinya. Pengundi mahukan seorang pemimpin tetapi mereka tidak dapat apa yang diharapkan. Ini satu bentuk kecurangan,” kata Tunku Aziz. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *