Wanita Simple Lebih Mudah Untuk Dijaga Dan Tidak Minta Benda Bukan-Bukan

18/05/2017 – Tanya saja kebanyakkan lelaki tentang wanita idaman mereka bagaimana, pasti ramai yang akan menjawab mahukan wanita yang cantik dan bergaya. Tetapi, ramai lelaki tidak sedar, wanita bergaya dan cantik ini sebenarnya ‘high maintenance’.

Waktu bercinta semua sanggup dibeli dan diberi pada kekasih, bila sudah berumahtangga memilik isteri yang ‘high maintenance’ memang susah. Tidak berbanding wanita yang simple, kerana kebanyakkan wanita yang simple bijak tentang pengurusan kewangan dan suka berdikari. Kalau masih single carilah wanita yang simple.

Ini kisah perkongsian dari Amir Syahir tentang wanita yang simple. Wanita yang simple ini senang nak jaga dan tidak minta benda bukan-bukan.

“Kebanyakan makwe simple yang pernah gua jumpa, bijak tentang pengurusan kewangan dan suka berdikari. Kau yang single ini carilah makwe yang simple saja. Makwe simple ini senang nak jaga. Tak minta benda bukan-bukan. Makwe simple sangat low profile.”

“Pertama, dah ada simpanan sendiri. Bukan harapkan bakal suami 100%. Ada duit lebihan, nafkah suami bagi dan duit gaji dia simpan. Pandai menyimpan lah senang kata. Tak membazir pada benda yang bukan-bukan.”

“Kedua, lebih pentingkan aurat daripada fesyen. Takpelah dianggap kuno ke, tak up to date ke, asyik-asyik tudung bawal ke, selalu pakai baju labuh ke, pakai baju sama dengan zaman nenek kau ke, asalkan aurat terjaga.”

“Ketiga, make up pun simple. Kadang kala malas nak make up. Acah-acah natural beauty gitu. Paling tak pun, gincu, bedak, foundation.”

“Keempat, tak beli minyak wangi yang mahal sampai RM300 lebih sebotol.”

“Kelima, Imun dengan perkataan SALE/Jualan Murah. Beli apabila benar-benar perlu saja.”

“Keenam, tak minta pakwe/tunang belanja makan tempat sedap, belanja tengok wayang. Setiap bulan tak minta hadiah. Tak minta itu ini.”

“Ketujuh, tak manja sangat. Tak anggap pakwe/tunang kau tu kepunyaan dia sorang saja. Ini kerja nak berkepit saja. Pakwe/tunang kau nak buat kerja pun rimas.”

“Makwe simple ini selalu takkan susahkan kau. Lebih-lebih lagi bila dia tahu pasangan dia ramai adik beradik dia kena tanggung. Dia lagi lah akan bersama-sama kumpul duit untuk kahwin.”

“Emosi dia lebih stabil dan tak mudah sentap. Tak ada lah nak sikit-sikit merajuk. Kau itu pakwe/tunang bluetick mesej WhatsApp pun nak meroyan bagai. Dah merajuk, makan banyak. Lepas tu jadi gemok. Dah gemok, bising,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *