Yuna, Artis Malaysia Pertama Cipta Sejarah Tercalon Dalam The BET Awards

Penyanyi muda popular, Yuna telah dicalonkan untuk Anugerah BET Centric, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama yang akan dicalonkan untuk Anugerah BET.

Sejak 2013, BET memberi pengiktifan kepada artis R&B Tradisonal menerusi lagu-lagu tertentu dan pemenang sebelumnya seperti Beyoncé’s Formation dan The Weeknd’s Earned It

Yuna dicalonkan anugerah untuk lagu beliau Crush , duet bersama Usher. Antara calon-calon yang lain adalah:

Mary J. Blige’s Thick of It
Kehlani’s Distraction
Solange’s Cranes in the Sky
Fantasia’s Sleeping With The One I Love
Syd’s All About Me

Objektif Anugerah BET sebenarnya meraikan rakyat Amerika dan minoriti lain dalam pelbagai bidang hiburan. Menurut laporan dari lipstiq.com, Anugerah BET tahun ini bakal disiarkan pada 25 Jun 2017 di Amerika Syarikat. Semoga berjaya Yuna! – hc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *