Zaman Mahathir memang tak ada kena lempang, tapi terbunuh saja di Memali.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, insiden seperti yang terjadi kepada produser filem, David Teo tidak pernah berlaku pada era pemerintahannya, mahupun zaman pentadbiran perdana menteri terdahulu.

Beliau berkata, perkara seperti itu hanya berlaku pada zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ramai yang membenci pemerintahannya.

Malah, beliau mendakwa peluang rakyat untuk bertanya perkara benar semakin terhad, malah mengakibatkan individu itu ditimpa masalah.

“Tak pernah berlaku dahulu dan tak pernah berlaku kepada saya dan perdana menteri yang lain sebelum daripada saya.

“Ia berlaku hanya di zaman Najib, kerana semua orang benci terhadap pemerintahannya, tetapi apabila mereka bercakap, mereka akan hadapi masalah,” katanya secara langsung dalam temu bual ‘Hangpa Tanya, #ChedetJawab’ yang dibuat secara langsung di laman sosial Facebook beliau, semalam.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, kebanyakan media, termasuk surat khabar dan stesen televisyen kini ditapis sehingga tidak ada berita lagi.

“Sebab itu bila ada peluang untuk mereka bercakap, mereka cuba dan inilah kesan. Inilah hasil daripada percubaan untuk bercakap benda yang benar. Untuk bertanya soalan pun tak boleh, kena pukul,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyifatkan insiden tampar berkenaan sebagai satu perkara yang memalukan.

“Saya tak tahulah Mat Over ini siapa, tetapi sepatutnya selepas dia lempang itu dipisahkan. Tapi saya nampak ramai orang bersorak. Ini memalukan kita di seluruh dunia, lebih-lebih lagi perkara ini berlaku di depan perdana menteri.

“Biarpun ada cara berdamai, tapi benda sudah berlaku. Kalau dia (Najib) berani, buka kepada semua orang. Kita nak tengok, orang takut lempang atau tidak,” katanya.

Berbeza dengan zaman Najib, sewaktu pemerintahan Mahathir rakyat yang menentangnya ditindas dengan kejam sehingga ada yang terbunuh seperti peristiwa berdarah di Memali.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai Operasi Angkara/Operasi Hapus.

Peristiwa ini terjadi ketika Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin bagi Mahathir, terbunuh adalah lebih baik dari dilempang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *