1MDB – DoJ mengaku saman berdasarkan Khabar Angin..

Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat menerusi perenggan akhir tuntutan saman  bagi melucuthak barangan dimiliki individu didakwa berkaithubung dengan 1MDB  berdasarkan tuduhan semata-mata dan tiada bukti.

Katanya, segala tuduhan dilemparkan terhadap tertuduh sekadar dakwaan sehingga  mahkamah memihak kepada DoJ.

“Aduan pelucuthakan sivil adalah semata-mata dakwaan bahawa wang atau harta  tersebut terlibat dalam atau mewakili hasil kutipan jenayah. Tuduhan ini tidak  terbukti sehingga penghakiman membuat keputusan mahkamah memihak kepada Amerika  Syarikat,” tulis DoJ di perenggan akhir saman berkenaan.

Dakwaan kononnya individu tertuduh menggunakan wang 1MDB bagi mengaut keuntungan  dengan membeli pelbagai bentuk barangan termasuk lukisan mahal, pangsapuri  mewah, kapal layar, serta beberapa lagi barangan lain ternyatan satu dakwaan  semata-mata tanpa bukti sokongan.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan  sebelum ini juga pernah menegaskan kepada DoJ untuk mendedahkan indvidu yang  melaporkan tuduhan berkenaan sehingga DoJ memalitkan tuduhan terhadap Datuk Seri  Najib Tun Razak, serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor

“Malaysia berhak mengetahui siapakan pengadu tersebut dan DOJ perlu mendedahkan  identiti mereka.

“Ini perlu untuk Malaysia mengesahkan apa kaitan pengadu terbabit dengan agenda  parti pembangkang bagi menggulingkan PM dan Kerajaan yang dipilih secara  demokrasi di Malaysia,” kata Abdul Rahman.

Bagi ahli Dewan Negara, Senator Fahariyah Md Nordin, reputasi DoJ kini terjejas  ekoran badan berkenaan melemparkan dakwaan tanpa fakta dan tidak dibuktikan di  mahkamah terlebih dahulu.

“Kenyataan menghasut dari DOJ ini terus dikeluarkan tanpa sebarang asas dan  bukti yang kukuh bagi mempengaruhi orang ramai khuusnya rakyat yang mudah  mempercayai sesuatu tanpa diselidik terlebih dahulu,” katanya.

Lantaran tuduhan liar DoJ ini kata Fahariayah, ianya sekaligus menjadi modal  kepada pihak tertentu menyerang dan mencemarkan imej Malaysia serta pentadbir  negara bagi kepentingan politik peribadi.

“Saya juga percaya tindakan DoJ ini didorong atau dihasut pihak tertentu yang  cemburu dengan keamanan dan kemakmuran dikecapi negara,” katanya.

Justeru, katanya beliau mencabar DOJ  untuk mendedahkan siapa sebenarnya  penghasut atau pengadu yang mempunyai niat jahat menganggu-gugat pentadbiran  negara.

“Malaysia tidak perlukan campurtangan asing termasuk DOJ dalam mengurustadbir  negara kerana kita sentiasa mengamalkan dasar menghormati prinsip dan  perlembagaan mana-mana negara sepertimana dilaksanakan dan dipraktikkan ketika  ini,” katanya lagi./md

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *