Adakah Mahathir Mengadu Kepada DoJ Supaya Langgar Kedaulatan Malaysia?

20/06/2017 – Kita semua sedia maklum dengan permohonan terbaru saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang hanya sekadar ulang tayang tindakan DOJ terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jun 2016.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri keempart Tun Dr Mahathir disyaki menjadi dalang disebalik saman sivil terbaharu dikemukakan DOJ terhadap 1MDB. Itulah yang didakwa oleh pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) baru-baru ini.

Malah RPK turut menamakan empat tokoh lain yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu; Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown; peguam, Matthias Chang; Pengarah Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Terus hangat diperkatakan, DOJ digesa supaya mendedahkan identiti pengadu berhubung langkah yang diambil jabatan terbabit merampas aset RM2.3 bilion 1MDB. Itulah yang digesa oleh Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Katanya, secara jelas siasatan DOJ itu dicetuskan oleh aduan yang dibuat oleh pihak tertentu dan dakwaan yang dibuat oleh DOJ perlu dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu, sebelum ia boleh diterima sebagai fakta.

Beliau berkata, meskipun DOJ mempunyai hak memfailkan saman sivil, adalah penting setiap saman dibuat berlandaskan kepada fakta yang boleh dibuktikan dan bukannya berpegang kepada kenyataan retorik tanpa asas serta mempunyai niat tidak baik.

“Saya mengesyaki pengadu terbabit adalah rakyat Malaysia yang mempunyai agenda politik jahat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

“Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu terbabit dan DOJ perlu mendedahkan identiti mereka supaya Malaysia dapat mengesahkan apa kaitan pengadu terbabit dengan agenda parti pembangkang bagi menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia,” kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menegaskan bahawa sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia menjalankan siasatan terperinci dakwaan terhadap 1MDB.

“Secara khususnya, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), keanggotaannya daripada ahli parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang, tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng dari 1MDB.

“1MDB bukanlah pihak yang disaman dalam saman sivil berkenaan. Malah aset yang didakwa DOJ diperoleh dari sumber yang salah dan mahu dilucut hak. Secara faktanya… dibeli oleh entiti yang tidak dimiliki atau dikawal mahupun berkaitan dengan 1MDB,” kata Abdul Rahman. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *