Ahmad Dhani Tak Ajak Anak Lelaki Hasil Dari Perkahwinan Lalu Berbuka Puasa Bersama Jadi Tanda Tanya

Artis popular Indonesia, Ahmad Dhani telah disindir oleh netizen kerana tiga anak lelakinya hasil perkahwinan pertamanya tidak kelihatan pada majlis berbuka puasa yang diadakan bersama keluarganya.

Majlis itu disertai oleh keluarga besar Ahmad Dhani iaitu isterinya, Mulan Jameela dan dua anak mereka serta anak Mulan dengan bekas suami. Ibu dan saudara maranya turut serta pada majlis itu.

Namun kelibat tiga anaknya iaitu Al, El dan Dul, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Maia Estianty tidak kelihatan menyebabkan timbul pelbagai spekulasi.

Sebelum ini ramai yang mengetahui bahawa hubungan Maia dengan Mulan tidak baik, semuanya disebabkan oleh cinta segitiga antara Mulan, Maia dan Ahmad Dhani. Mulan dan Maia pernah menjadi partner dalam kumpulan Ratu.

Maia dan Dhani bercerai pada 2007. Berita tentang perceraian mereka menjadi berita hangat yang menghiasi berbagai media. – stv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *