Akaun Twitter milik Al Jazeera digantung kerana isu pengganas.

DUBAI: Rangkaian satelit Pan-Arab Al Jazeera berkata, akaun Twitter untuk saluran berbahasa Arabnya telah digantung dan usaha sedang dilakukan untuk mendapatkannya semula.

“Akaun twitter al Jazeera @ajarabic digantung ketika ini kerana kempen terancang dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan kembali khidmat itu,” demikian catatan pada satu lagi akaun Twitter al Jazeera untuk berita terkininya.

Al Jazeera adalah penyiar utama Qatar di mana ketika ini negara itu berdepan dakwaan terlibat dalam kegiatan pengganas, dan berdepan tekanan terputus hubungan dengan negara Arab.

Rangkaian itu berkata, pada 8 June ia berdepan dengan serangan siber berskala besar tetapi semua entitinya masih mampu beroperasi seperti biasa.

Halaman twitter berkenaan juga menunjukkan ia telah digantung.- Reuters

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *