Amalkan Cara-Cara Ini Jika Mahu Mendapat Anak Yang Comel Dan Bijak

Memiliki anak yang comel adalah kebanggaan untuk sesetengah orang, tetapi apa yang paling penting ialah akhlak yang baik.

Sesetengah ibu bapa tidak mengambil berat akan hal ini, tiada gunanya memiliki rupa cantik dan kacak jika akhlaknya tidak secantik rupanya.

Tetapi, mengikut amalan-amalan orang tua dulu-dulu, ada beberapa surah dan amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi ibu bapa untuk mendapatkan anak yang cantik dan kacak serta mempunyai akhlak yang baik.

Antara cara yang boleh diamalkan ialah,

Baca Surah Yusuf dan Surah Maryam

Dikatakan dengan mengamalkan membaca Surah Yusuf, anak akan baik akhlaknya dan juga memiliki wajah yang cantik dan kacak, manakala pula dengan mengamalkan Surah Maryam, ianya membantu para ibu untuk senang bersalin.

Minum sarang burung

Bagus di amalkan ketika di awal kehamilan, ianya mampu membantu kulit bayi menjadi cerah, halus. Ia juga berfungsi untuk menguatkan kandungan, dan ibu juga pulih cepat selepas bersalin.

Minum air kelapa

Air kelapa bagus diminum ketika kandungan mencecah 8 bulan, kata orang-orang tua, air kelapa berfungsi untuk haluskan kulit bayi ketika dalam kandungan. Nanti kulit bayi anda kelihatan putih bersih tanpa pengelupasan seperti sesetengah bayi lain yang baru lahir.

Minum air soya

Air soya bukan saja dapat putihkan kulit bayi, malah ianya memberi tenaga kepada ibu . Selalunya ibu mengandung ni cepat letih dan cepat lapar, dengan meminum air soya mungkin boleh membantu.

Makan buah tembikai

Orang kata jika amalkan makan buah tembikai ni, nanti anak nampak cantik. Wallahualam.

Tengok gambar bayi comel

Selalu la tengok gambar bayi comel, mana tahu nanti terkenan dekat anak kan.

Paling mujarab ialah sentiasa la sujud dan meminta kepada ALLAH S.W.T, Allah yang mencipta kita dan sepatutnya kita berserah kepadanya. Paling penting ialah moga anak kita menjadi anak soleh dan solehah. Jika kacak dan cantik sekalipun tetapi iman tidak dijaga dengan baik, semua hanya sia-sia. Amalan kita yang dilihat dan dikira ALLAH S.W.T, bukan sejauh mana cantik dan kacaknya seseorang. – ac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *