Anak pendatang India berjaya jadi Perdana Menteri di Ireland

DUBLIN: Leo Varadkar dipilih sebagai Perdana Menteri Ireland hari ini, menjadikan anak lelaki seorang pendatang India itu pemimpin gay pertama dan individu termuda memegang jawatan itu.

Varadkar, 38, yang dicalonkan di parlimen oleh perdana menteri Enda Kenny yang melepaskan jawatan itu, menang undian pembuat dasar bebas yang menyokong kerajaan minoriti parti Fine Gael pimpinannya serta memperoleh undi berkecuali daripada parti pembangkang utama, Fianna Fail.

“Sebagai pemimpin termuda negara ini, beliau bercakap untuk generasi baharu wanita dan lelaki Ireland, beliau mewakili Ireland yang moden, pelbagai dan inklusif serta bercakap untuk mereka seperti yang lain,” kata Kenny kepada parlimen sebelum undian. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *