Anda Boleh Cuba Tips Ini Jika Mahu Hilangkan Parut Jerawat

Tips ini dikongsikan oleh Muyassarah Samad,

Bahan bahan dia semua natural.. non – chemical dan homemade.
semestinya senang.. tak susah pun..semudah 1, 2 dan 3 !!

Petua ni memang sarah dah amalkan 5 tahun dari zaman remaja*lani pon remaja lagi noh :p . kalau nak nampak marvelous kena amalkan setiap malam in syaa ALLAH seminggu parut dah hilang. 2011 dan 2012 masa tu muka sarah teruk sangat jerawat,parut sampai malu nak keluar rumah :'( maybe perubahan hormon kot..Hahaha
Now Sarah share step by step di setiap gambar <3

Cara caranya ialah:

1. Sediakan bahan bahan

Asam jawa apa apa jenama pon boleh
Bedak sejuk
Air kosong

2. Ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati. Tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

3. Selepas digaul.

4. Kemudian ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi kalau terlalu pekat jangan lupa tambah air sikit.

5. Bila dah campur semua gaul gaul sampai sebati..dah siap.

6. Tempekkan kat tempat yang berparut, kalau rajin nak tempek satu muka pon boleh. Biarkan sehingga kering. Seelok elok nya buat waktu malam sebelum tidur. – atl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *