Anda Kini Boleh Gunakan Suara Altimet Didalam Waze

Sebelum ini, kita sedia menyaksikan sejumlah artis bekerjasama dengan jenama produk dan perkhidmatan dalam menawarkan suara mereka bagi membacakan arah perjalanan.

Terkini, Liberty Insurance Malaysia hadir menawarkan suara artis Altimet kepada para pengguna tempatan.

Berbeza dengan penawaran artis lain yang selalu terhad kepada penggunaan satu bahasa, untuk kali ini, Altimet menggunakan dwi-bahasa Inggeris dan juga Malaysia untuk membacakan arah perjalanan.

Disamping itu, integrasi sebutan jenama Libery Insurance Malaysia juga lebih jelas ketika menggunakan navigasi, selain penyertaan beberapa kata popular daripada lagu-lagu Altimet.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat perubahan suara kepada Altimet dengan ke halaman tetapan > Voice Directions > Altimet.

Selain suara Altimet, anda juga kini sudah boleh menggunakan suara anda sendiri pada Waze. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *