Babyrina, ‘Lagenda’ Model Melayu Yang Terkenal Di Kalangan Lelaki 90an

Bila sebut saja nama Babyrina, hampir kebanyakkan generasi sekarang pastinya tidak mengenalinya. Mungkin kerana namanya tidaklah setanding dengan skandal artis Melayu pada zaman sekarang ini.

Namun, suatu ketika dahulu, negara pernah digemparkan dengan berita tersebarnya gambar-gambar lucah gadis ini pada sekitar tahun 1990-an. Malah dikatakan, Babyrina merupakan gadis pertama yang berbangsa Melayu yang telah membintangi filem dewasa di Barat.

Meskipun nama Babyrina pernah menjadi sanjungan peminat-peminat lelakinya pada era kegemilangannya, namun, tidak banyak gambar atau pun maklumat mengenai beliau berjaya dikumpul disebabkan oleh teknologi yang terhad pada zaman itu yang belum ada lagi Wi-Fi, belum ada lagi broadband, jauh sekali Streamyx dan Unifi.

Kemunculan Babyrina atau nama sebenarnya, Azrina Ahmad dan kawan-kawannya telah menjadi fenomena di kalangan pelayar-pelayar Internet.

Ada pihak yang tidak bertanggungjawab, memuat turunkan kesemua gambar-gambar Babyrina yang beraksi lucah bersama-sama kawan-kawan modelnya yang lain dan mencetaknya sebelum dijual secara gelap.

Selepas menjadi fenomena, Babyrina tidak lagi muncul dengan gambar-gambar baru di Internet. Model lucah Melayu itu hilang begitu sahaja. Bagaimanapun, pada tahun 2001, Babyrina dikesan cuba memasuki negara ini menerusi KLIA.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak membenarkan dia melepasi had kawalan Imigresen, sekaligus wanita berkenaan diusir dari negara ini dan pulang semula ke Amerika Syarikat.

Itu sahajalah berita terakhir yang didengar tentang Babyrina. Dia tidak dibenarkan kembali ke negaranya kerana gambar-gambar lucahnya yang telah membuatkan dia terkenal di seluruh dunia.

Berikut merupakan sedikit info mengenai Babyrina:

  • Muncul sebelum meletupnya berita skandal mengenai Linda Rafar dan Edry dan kemungkinan sebelum beredarnya gambar-gambar censored Zarina Zanuddin.
  • Tersebar sebelum wujudnya broadband, WiFi dan juga 3G.
  • Seorang lagenda walaupun mendapat kecaman ramai.
  • Bertahi lalat di bahagian di tepi pusat.
  • Berada di United Kingdom dan menetap di sana dari dulu sehingga sekaran. (menurut sumber-sumber di laman-laman web)
  • Dikatakan berasal daripada Pahang.
  • Masih Berada di Eropah kerana tidak dibenarkan pulang ke Malaysia.
  • Belajar di luar negara dan memulakan aktiviti ‘pergambaran’ di New York
  • Berkawan baik dengan seorang perempuan yang mukanya hampir seiras bernama Suraya.
  • Masih belum berkahwin walaupun sudah berusia.
  • Ada khabar angin pula mengatakan yang die telah kembali ke pangkal jalan. – ttv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *