Bahaya Meminum Ais Sewaktu Berbuka Puasa

Meminum minuman segar, menyejukkan dan manis sewaktu berbuka menjadi kebiasaan dibulan Ramadhan. Ini kerana ia membuatkan badan merasa segar dan bertenaga selepas seharian berpuasa.

Antara minuman sejuk yang menjadi pilihan adalah jus buah, air kelapa muda, air tebu atau air berkarbonat. Namun, mengisi perut yang kosong dengan air sejuk adalah tidak bagus kepada tubuh badan anda.

Menurut The Apple Daily, jika anda meminum air sejuk semasa perut kosong, risiko paling biasa yang akan anda alami adalah sistem penghadaman yang tidak sihat.

Ini disebabkan oleh badan perlu bekerja lebih masa untuk mengembalikan suhu minuman kepada normal dan proses tersebut boleh membuatkan perut berasa sakit.

Selain itu, air sejuk juga boleh mencairkan semua komposisi asid dan mineral baik dalam badan. Itu akan menjadi faktor besar untuk anda mengalami cirit-birit.

Tidak hanya itu, ia juga menjadi salah satu faktor kepada gangguan pencernaan kerana meminum air sejuk sewaktu perut kosong juga akan mematikan proses ‘fermentation’ di bahagian perut.

Selain itu juga, meminum air masak ketika perut kosong juga boleh menimbulkan 42 jenis penyakit yang tidak baik kepada tubuh badan.

Kemungkinan penyakit yang akan terjadi adalah membawa kepada kelakuan yang agresif atau gangguan mental, serta psikosomatik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *