Benarkah Mahathir Jadi Dalang Disebalik Saman Sivil DoJ?

19/06/2017 – Jika dilihat sikap bekas perdana menteri yang kini merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mengamalkan sikap bermuka-muka dan penuh dengan pelbagai agenda licik demi untuk mencapai kepentingan peribadi.

Sejak keluar parti kerana permintaan tidak dipenuhi, beliau menjadi pengkritik yang lantang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa sahaja yang dilakukan kerajaan dan Najib, pasti akan dikritik dan diburuk-burukkan. Malah beliau gemar memutarkan isu yang sudah basi untuk dijadikan modal politik.

Kita semua sedia maklum dengan permohonan terbaru saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat hanya sekadar ulang tayang tindakan DOJ terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jun 2016.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu disyaki menjadi dalang disebalik saman sivil terbaharu dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) terhadap 1MDB.

Itulah yang didakwa oleh pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang turut menamakan empat tokoh lain yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu; Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown; peguam, Matthias Chang; Pengarah Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Malah ia juga sebagai sebagai justifikasi kenapa pimpinan tertinggi DAP, khususnya Lim Kit Siang bersunguh-sungguh melobi mahu nobatkan Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dalam susunan terbaharu gabungan pembangkang itu bagi menghadapi PRU 14.

“Selepas itu Mahathir meminta Cynthia Gabriel, Matthias Chang, Sivarasa Rasiah dan Clare Rewcastle Brown untuk mengambil alih.

“Sivarasa adalah seorang peguam Anwar (yang memfailkan tindakan mahkamah mengenai RM9.5 juta yang dikatakan telah dibayar Muhammad Shafee Abdullah) manakala Cynthia ada pautannya dengan Amerika Syarikat,” dedah RPK dalam artikel bertajuk “Mahathir’s Feeble Attempt At Reviving The Dead IMDB Issue”.

RPK menyifatkan isu IMDB melalui DoJ adalah babak dua selepas kegagalan dalam melakukan perkara sama pada bulan Julai tahun lepas. Katanya, ia adalah percubaan terakhir Mahathir dalam menghidupkan semula isu 1MDB yang sudah mati dan cuba memastikan perkara itu terus hidup sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Mahathir menyedari bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menyerang Perdana Menteri Najib Tun Razak sehingga beliau mengkaji semula isu 1MDB dengan harapan ia dapat membawa kembali masalah itu dan terus menggunakannya terhadap Najib,” kata RPK.

Sehubungan itu, RPK juga mendedahkan draf saman sivil disusun oleh dua peguam iaitu R. Sivarasa dan Matthias dan selepas itu draf berkenaan dilaksanakan oleh Cynthia dan Clare mengikut kapasiti kekuatan rangkaian masing-masing.

“Aduan saman sivil sebenarnya dirangka oleh Sivarasa dan Matthias, selepas itu Cynthia menyerahkannya kepada Sandra Brown, Pemangku Peguam Daerah Tengah California, Amerika Syarikat.

“Sandra adalah orang yang sama yang terlibat dalam operasi tahun lepas. Seminggu yang lalu salinan dokumen ini diberikan kepada Mahathir dan Clare. Oleh itu, setiap orang telah disiapkan dengan betul untuk serangan semalam.

“Apabila beliau menerima dokumen tersebut, Mahathir berkata, “Kali ini kita habiskan Najib”,” dedah bekas aktivis reformasi itu. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *