Benarkah Makan Depan Cermin Membuatkan Makanan Bertambah Sedap?

Jepun – Kajian terbaru menyatakan bahawa makan di hadapan cermin akan membuatkan makanan menjadi lebih sedap.  Kajian tersebut ditemui oleh penyelidik di Universiti Nagoya, Jepun.

Menurut Telegraph, jika ingin mendapatkan kesan yang sederhana, seseorang boleh menggunakan cermin.  Ini merupakan helah kepada otak kita untuk berfikir tentang orang lain, termasuklah pada makanan yang kita makan.

Dr. Ryuzaburo Nakata mengatakan, “Kami ingin mencari apakah pemintaan sosial terhadap makanan.”

Eksperimen ini telah dilakukan pada 16 orang dewasa yang berusia dari 65 sehingga 74 tahun.  Mereka diminta untuk memakan bertih jagung selama satu jam setengah.

Selepas itu, mereka akan memberi penilaian kepada sewaktu mereka memakan bertih jagung sendirian dihadapan cermin sehingga makan sambil menonton video.

Penyelidik ahkirnya menemukan bahawa orang yang makan sendirian merasa makanan mereka lebih sedap.

Namun, ketika mereka makan dihadapan cermin, rasa manis pada bertih jagung meningkat kepada 25% dan kualitinya 12% lebih baik.

Pada eksperimen seterusnya, penyelidik menggantikan cermin dengan gambar sukarelawan yang sedang makan.  Lalu, penyelidik menemui sukarelawan yang sedang diuji itu menarik makanan dan ingin memakannya lagi.

Tambah Dr. Nobuyuki Kawai lagi, “Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa orang yang lebih dewasa, menikmati makanan berkait dengan kualiti hidup. Sedangkan orang yang makan sendirian berkait dengan kemurungan dan pengurangan selera makan.”

Penemuan ini juga merupakan pendekatan baru untuk menaikkan selera makan dan kualiti hidup warga tua yang tidak mempunyai teman sewaktu makan. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *