Beri Telefon Pintar kepada Anak sama seperti beri 1 gram Ganja?

Seorang terapi ternama dari klinik permulihan Harley Street, Mandy Saligari mengingatkan ibu bapa bahawa memberi telefon pintar kepada anak adalah sama seperti memberi mereka satu gram ganja.

Saligari menyatakan bahawa aplikasi seperti Instagram dan Snapchat terbukti mempunyai jumlah ketagihan yang sama dengan remaja yang terdedah kepada dadah dan alkohol.

Ujar Saligari sewaktu di persidangan kesihatan mental kanak-kanak di Highgate Junior, “Saya sering memberitahu orang, jika anda memberikan anak mereka sebuah tablet atau telefon bimbit, itu adalah sama seperti mereka memberi anak mereka sebotol wine atau satu gram ganja.”

Saligari menceritakan pengalamanya sewaktu merawat beberapa pesakit perempuan muda yang dipercayai telah menghantar gambar bogel mereka kepada seseorang dengan mengunakan telefon pintar.  Mereka menyangkakan itu adalah perbuatan yang normal.

Masalah hanya akan timbul apabila ibu bapa atau cikgu mengetahui perbuatan mereka itu.  Mereka juga tidak memikirkan penglibatan privasi dan keselamatan dari perbuatan mereka itu.

Selagari juga meminta ibu bapa untuk memberikan sokongan akibat dari memberi telefon pintar kepada anak. Juga bagaimana tingkah laku tersebut menunjukkan seperti apa yang dijumpai pada penjudi dan penagih dadah.

Dia juga menyatakan bahawa penting bagi ibu bapa untuk mengajar anak untuk mengawal diri sehinga mereka tahu bila perlu mengawal diri mereka.

Selain itu, mereka juga tidak perlu diberi tahu dengan tepat apa yang harus mereka lakukan sebelum mereka betul-betul memahami kesan kepada tindakan mereka. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *