Bolehkah Daun Pisang Dimakan Sebenarnya?

Daun pisang memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di Asia, Afrika dan juga Amerika Selatan.

Apatah lagi di Malaysia sendiri, ia begitu sinonim dengan makanan tradisional. Paling mudah untuk diingati ialah nasi lemak.

Aroma daun pisang memang sangat menggetar rasa. Biasanya dijadikan alas atau pun balutan kepada makanan seperti lemang, kuih koci, tapai, lepat, ikan salai dan banyak lagi.

Namun, persoalannya bolehkah daun pisang ini dimakan sebenarnya?

Memetik Live Strong, daun pisang yang tua atau matang mengandungi serat tinggi termasuklah lignin dan juga selulosa.

Ia juga mengandungi nutrisi seperti gula dan juga protein yang sekaligus membuatkan daun pisang bukanlah sesuatu yang mudah dihadam dalam badan.

Live Strong turut menyatakan berbanding bahagian lain pada pokok pisang, daunnya ini sangat berserat yang membuatkan manusia sukar mengambilnya sebagai makanan.

Satu kelebihan daun pisang ialah ia boleh digunakan untuk mengekalkan rasa makanan dan juga kelembapan yang asli tanpa menambah elemen lemak atau kalori pada makanan itu.

Memang banyak kelebihan daun pisang ini, namun rasanya tak perlulah sampai anda menjadikan ia makanan. Seperti diterangkan tadi, serat pada daunnya menyebabkan ia sukar dikunyah dan dihadam.

Cukuplah dijadikan alas atau pun pembalut makanan yang menambah keenakan makanan! – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *