Cari Alasan Cara Didikan Ibubapa Salah, Nak Tutup Sifat Diri Yang Malas

02/06/2017 – Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah.

Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Mereka akan berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Perkongsian wanita ini merasakan anak sekarang ramai meletakkan kesalahan didikan ibubapa atas apa yang berlaku pada diri mereka. Sebenarnya semua itu bergantung pada diri sendiri. Kita sudah besar, tahu tahu mana baik dan buruk. Mengapa masih salahkan cara didikan ibubapa jika sebenarnya anak itu memang pemalas.

“Kebimbangan saya adalah tentang seorang suami yang percaya sebagai seorang lelaki, dia merasakan dia mempunyai keistimewaan dan merasakan wanita sentiasa berada di bawah manusia. Langit adalah lelaki, bumi adalah wanita.”

“Kenapa anak lelaki tak boleh duduk dapur, tak boleh tolong cuci pinggan, tak boleh tolong mak masak?”

“Sebab takut dah besar jadi lemah lembut, sebab itu semua kerja orang perempuan atau kerja ibu.”

“Bila anak dah besar panjang, tinggal pula dengan keluarga, masih dengan perangai kanak-kanak semua benda tak nak buat, tak ambil peduli, langsung tak nak jenguk keadaan dapur. Masih nak harapkan ibu ataupun adik beradik perempuan yang lain. Cukup sekadar basuh baju sendiri, cuci pinggan sendiri, kemas bilik sendiri.”

“Ini masih dengan perangai lepas makan letak pinggan dalam sinki terus masuk ke bilik, main game, chatting dengan girlfriend, imamkan solat jemaah jauh sekali. Bila dah ada keluarga sendiri, isteri pula disuruh itu ini. Yelah, agama kan suruh isteri patuh arahan suami.”

“Dah besar panjang janganlah kita bermegah asyik nak salahkan semuanya pada cara ibu bapa besarkan kita dulu. “Mak aku dulu tak kasi aku masuk dapur, jadi sampai besarlah aku jadi gini.”

“Diri sendiri belajar tak pandai, salahkan ibu bapa. Diri sendiri tak sambung belajar di universiti, salahkan ibu bapa tak cukup duit. Diri sendiri mengganggur tak dapat kerja best, salahkan ibu bapa kerja biasa tak ada cable.”

“Jadi lelaki, harap lebih matang dan lebih sifat terbuka. Sampai bila nak dijadikan alasan sengaja nak tutup sifat diri yang malas. Tabik kepada lelaki yang tahu dan rajin membuat kerja rumah. Anda tak rugi apa pun,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *