DAP Akan Halang PAS Raih Undi Dari Pengundi Cina Di Pulau Pinang

20/06/2017 – Hubungan politik diantara parti cauvinis DAP dan parti PAS sudah sekian lama terputus. Sejak itu juga, kedua-dua parti yang pernah menjadi rakan sekutu buat dalam satu tempoh dilihat sering bercakaran dalam apa jua hal sekalipun.

Parti Islam yang di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebelum ini pernah mendedahkan tahaluf siyasi antara PAS dan Pakatan Rakyat terbatal disebabkan timbulnya kesedaran bahawa gerakan Evangelis Kristian semakin terserlah dalam DAP dan hal ini bakal merugikan Islam.

Itulah yang didakwa oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki apabila ditanya sama ada faktor Evangelis Kristian DAP menjadi penyebab kepada parti Islam itu menjauhi pakatan.

“Ini faktor terpenting sebab persoalan tahaluf tidak boleh merugikan Islam,” kata Zuhdi.

Evangelis Kristian ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukanlah Kristian biasa, mereka ini akan mengganggu dan menggugat kestabilan politik sesebuah negara.

Jadi, tidak menghairankanlah apabila PAS mendakwa parti yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu cuba menyekat usaha parti itu mendapatkan sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina tetapi menganggap ia hanya bersifat sementara.

“Cuma yang ada hanya nyalaan api yang dibuat oleh DAP untuk sekat sokongan bukan Islam terhadap PAS, tetapi ia mudah dipadamkan dengan air… kami sendiri (dalam) Pemuda PAS mempunyai hubungan baik dengan bukan Islam.

“Walaupun parti berpecah (PAS dengan DAP) tetapi hubungan peribadi tidak pernah pecah… ini menandakan ada (pihak) yang kata PAS akan mengambil masa 1,000 tahun untuk mendapat sokongan Cina, tidak (tepat) sama sekali, kita akan ambil masa lebih cepat untuk mendapatkan sokongan itu.

“Cumanya kita akuilah sokongan itu (daripada bukan Islam) untuk PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) kita tidak akan dapat sebagaimana dalam PRU13 lepas,” kata Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Nik Abduh juga tetap yakin dengan kekuatan PAS untuk menghadapi PRU14 nanti berikutan mendapat sokongan padu daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai kalangan bukan Islam serta Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

“Kita sudah ada Gagasan Sejahtera menerusi kerjasama politik bersama Ikatan. Dalam Ikatan pun ada pelbagai kaum terdiri kaum Cina dan India, lagi pula PCM (Parti Cinta Malaysia) di Pulau Pinang ada menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Sejahtera, tetapi masih sedang dalam proses perbincangan,” kata Nik Abduh. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *