Diana Danielle Bengang Dengan Pemandu Teksi Gila

Samseng jalan raya bukanlah satu isu yang asing di kalangan rakyat Malaysia.

Hari-hari ada sahaja viral di media sosial mengenai samseng jalan raya yang mahu tunjuk ‘hebat’ di jalan raya.

Sebentar tadi, pelakon Diana Danielle berkongsikan video menunjukkan sebuah teksi di lebuhraya yang berlagak samseng seolah-olah jalan itu milik bapa dia yang punya!

Dalam kapsyen posting itu, Diana menceritakan yang teksi itu memandu kenderaannya dengan kelajuan yang perlahan, tidak setara dengan laluan kanan yang dipandunya.

Tidak berpuas hati apabila kenderaan yang dinaiki Diana memberikan lampu tinggi, pemandu teksi itu terus membawa keretanya dengan slow malah sengaja brek secara mengejut sekali gus membuatkan aktres itu bengang dengan tindakan bodoh pemandu tersebut.

This crazy taxi driver tried to kill us on the road when we gave him the high beam on the fast lane. He was going considerably slow for being on the right lane and we needed to pass thru. Instead he tailgated us like a mad person and then took over infront of us, then slammed on his brakes and drove very slowly while driving in front of us. If you see this bugger on the road, BE CAREFUL. Crazy man on d loose. Reporting him definitely. You think this road is your father’s road? If you’re slow and people high beam dont get so crossed! This is not your way with the speed youre going uncle

Diana turut berkongsikan nombor plat teksi yang telah menaikkan darahnya itu.

Lain kali, kalau dah tahu memandu perlahan, silalah beralih ke lorong kiri.. Janganlah dah tahu nak drive slow pergi duduk lane kanan, bila orang bagi high beam, tahu pula marah kan..

Dah nak raya ni, harapnya smeua pihak sentiasa mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya agar selamat sampai ke destinasi yang dituju. – mnh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *