Dikutuk ‘Padan Muka’ Isu Datuk Red Mesej Perempuan Lain, Adira Terkilan Dan Kecewa

Menghangatkan lagi berita tersebut, ia dikatakan berlaku sebelum Adira bersalin anak perempuannya. Walaubagaimanapun, Datuk Red sudah memberitahu bahawa mesej tersebut tidak membawa maksud apa-apa dan sekadar usikan nakal sahaja.

Namun, ketika perkara itu hangat diperkatakan, Adira turut terkena tempiasnya apabila ada sesetengah netizen mengkritik beliau dan menyatakan ia adalah karma buatnya yang “merampas” suami orang. Adira akui beliau terkilan dengan komen-komen negatif yang diterima.

Apabila kejadian seperti itu berlaku, kesannya adalah kepada saya. Orang akan kata padan muka dan gelak kepada saya.

Saya bukan nak salahkan suami. Bukan saya tidak percaya, saya percaya dia boleh jaga diri,cuma apabila berlaku begini, nama saya yang dikaitkan sama.

Apa yang negatif semua pergi kepada saya, itu yang buat saya sedikit terkilan.

Memang tidak mati kalau kena kata-kata negatif sebegitu, tetapi saya masih ada keluarga dan masih ada mak.  Apabila mereka kata bukan-bukan, seolah-olah saya ini jahat sangat.

Dalam pada itu, Adira memberitahu hubungan beliau dan Datuk Red tidak mempunyai sebarang masalah tetapi suaminya itu, belum lagi membicarakan isu mesej tersebut bersamanya. – bn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *