Fattah Amin Sentiasa Perbaiki Diri, Cuba Puaskan Hati Peminat

Fattah Amin mengakui kecaman di media sosial banyak membantunya memperbaiki diri untuk menjadi artis yang lebih berkualiti.

Beliau tidak cepat melatah apabila menerima kecaman atau komen negatif sebaliknya meneliti dan mengkaji setiap perkara, kelemahan atau kesilapan yang dibangkitkan peminat serta netizen lain.

“Memang saya terkejut dan kena tempias juga awal-awalnya..ketika baru menceburi industri seni.

“Macam-macam saya terima. Siapa Fattah ni? Harap muka ‘je’ tapi berlakon macam kayu? Malah, ada yang siap ajar cara berlakon.

“Saya terkejut dengan budaya tegur secara terus ni,” katanya ketika berkongsi pengalamannya menggunakan media sosial dengan pelajar yang mengikuti ceramah jenayah siber, anjuran Onemyr Awareness Management bersama Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, kelmarin.

Menerusi panggilan video FaceTime, Fattah berkongsi bagaimana beliau menangani komen negatif atau kecaman netizen di media sosial.

“Saya gunakan komen-komen ini untuk memperbaiki diri. Saya baca semua komen-komen ini…jangan ingat saya tak baca.

“Saya kaji apa yang mereka katakan…saya perbaiki dan saya belajar daripada kesilapan,” katanya.

Pelakon yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu berkata, di sebalik komen negatif atau kecaman netizen, media sosial adalah platform terbaik yang lebih mendekatkan artis dengan peminat.

“Dulu, mana ada media sosial macam ni…Instagram, Facebook, Twitter. Artis sekarang beruntung, media ini mendekatkan lagi kita dengan peminat.

“Peminat boleh ‘direct’ berkomunikasi dengan artis yang mereka minat,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Fattah menghadiahkan petikan lagu Wanita Terakhir kepada peserta ceramah. “Good luck semua,” katanya menamatkan bicara sambil disambut sorakan pelajar yang kebanyakan adalah peminat tegar Fattah.- stv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *