Filem ‘spin-off’ Transformers, ‘Bumblebee’ Kembali ke Tahun 1980-an

Los Angeles – Khabar angin lama yang tersebar mengenai filem ‘spin-off’ pertama Transformers, ‘Bumblebee’ ternyata benar.  Filem itu akan berlaku disekitar tahun 1980-an iaitu sewaktu siri animasi pertama Transformers mula ditayangkan.

Selain itu, pengarah Travis Knight juga telah mengesahkan bahawa pelakon Hailee Steinfeld akan berlakon di dalam filem itu.

Menurut Comicbook, pemilihan ‘setting’ waktu dan sasaran penonton telah dinilai dengan teliti.  Ini kerana, Knight dan Paramount mensasarkan filem itu kepada penonton yang lebih muda tidak sama seperti yang dilakukan oleh Michael Bay untuk filem-filem Transformers sebelum ini.

Watak Bumblebee kali ini mempunyai adegan dan efek-efek komedi yang dikira sesuai untuk menarik penonton yang lebih muda.

Dengan ‘setting’ waktu sekitar tahun 1980-an, Bumblebee akan menjadi prekuel Transformers.

Selain itu, Autobots dan Decepticons juga dikatakan akan muncul sepanjang filem Bumblebee itu nanti.

Dalam filem prequel itu, Steinfeld dikatakan akan melakonkan watak seorang tomboi yang berkerja sebagai mekanik selepas waktu persekolahan. Filem ‘budak dan keretanya’, jalan cerita berasaskan Transformers yang pertama dan seperti berada di tahun 80-an.

Filem Bumblebee akan ditayangkan pada 8 Jun 2018. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *