Filem ‘The Mummy’ Gagal Menduduki Carta Box Office Hollywood

Filem lakonan Tom Cruise, ‘The Mummy’ telah dianggap sebagai filem yang gagal setelah gagal memasuki carta box office di Hollywood.  Filem yang berkisarkan tentang penemuan mayat zaman purba itu telah ditewaskan oleh filem lakonan Gal Gadot iaitu ‘Wonder Women.’

Filem ‘The Mummy’ menerima banyak kritikan pedas daripada media.

Indiewire mengatakan, “Filem terburuk yang pernah dilakonkan oleh Tom Cruise adalah The Mummy.  Sangat merugikan.”

Pengkritik filem, Owen Gleibeman pula mengatakan, “Tom Cruise sendiri kelihatan seperti keliru semasa berlakon dalam filem The Mummy.  Wajah Tom Cruise terlihat seperti ‘dimana aku sekarang?’ begitu rupa Cruise kelihatan dalam filem The Mummy.”

Bahkan, Tom Cruise selama ini dianggap sebagai ‘azimat’ kepada filem yang berada dalam carta box office. Kewujudan Tom Cruise di Hollywood dianggap mampu membuatkan filem itu mendapat kejayaan besar dan membuat ramai pengemar filem jatuh cinta kepadanya.

Tambah Gleibeman, “Selama 10 tahun, sejak dari Mission Impossible sehingga Oblivion, Cruise sering memberikan yang terbaik dalam filem yang dilakonkannya,”

Walaupun filem The Mummy dianggap gagal di Hollywood, namun, karier Tom Cruise ternyata semakin bersinar diluar Amerika Syarikat.  Ini disebabkan oleh filem The Mummy mendapat sambutan yang hangat di negara-negara lain termasuk Tiongkok.

Paul Dergarabedian, seorang pakar media mengatakan, “Sungguh ironik, filem The Mummy tidak berjaya tetapi Cruise menjadi semakin terkenal di seluruh dunia.”  – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *