Fosil Telur Dinosaur berusia 70 juta tahun ditemui di China

Beijing – Fosil telur dinosaur berusia 70 juta tahun yang lalu telah ditemui di sebuah tapak banggunan di selatan China, pada kedalaman kira-kira 26 kaki (8m), diselaputi batu pasir merah.

Telur berbentuk bulat itu dipercayai milik dinosaur pemakan tumbuhan yang hidup sekitar zaman Cretaceous iaitu Phytophagous.

Menurut Qui Licheng dari Institut Arkeologi Guangdong, “Kami menjumpai lima telur; tiga daripadanya telah musnah tetapi masih boleh dilihat.

Dua lagi telur ada kesan mereka pada batu.  Telur itu berbentuk bulat dan ia kepunyaan Phytophagous.”

Sebelum ini juga penemuan sama berlaku di wilayah Foshan, yang telah mendapat reputasi dalam komuniti saintifik kerana mendedahkan maklumat penting dari zaman Cretaceous.

Ketua Geologi Foshan, Lui Jianxiong berkata, “Terdapat dua benda yang istimewa mengenai Sanshui Basin, satu, ia kaya dengan mineral, dan kedua, ia kaya dengan fosil seperti telur dinosaur.

“Penemuan ini sangat penting untuk penyelidikan kami mengenai persekitaran paleoclimate dan sedimentary.”

Fosil telur dinosaur tersebut sedang dikaji di sebuah muzium tempatan. – UN