Gal Gadot Dapat Bayaran Terendah Dalam Wonder Woman

Mungkin ini seusatu yang tidak disangka. Pelakon Hollywood terkenal Gal Gadot atau lebih dikenali dengan watak ‘Wonder Woman’ menerima bayaran atau gaji yang sangat mengejutkan.

Gal Gadot mungkin boleh dikatakan wajah filem superhero terhangat di masa ini, tetapi kemasyuran nama beliau tidak setimpal dengan bayaran yang diterima dalam menjayakan filem Wonder Woman.

Menurut The Daily Dot, bintang “Wonder Woman” ini telah dibayar $300,000 atau sekitar RM1.3 Juta dan kini Gadot sedang menjalani pergambaran filem kedua di mana dia dibayar dengan jumlah yang sama untuk setiap projek filem (“Batman v Superman: Dawn of Justice,” “Wonder Woman” “League Justice”). Kerana kejayaan “Wonder Woman,” kemungkinan besar Gadot layak mendapat bonus dalam kontraknya.

Ia adalah jumlah yang mengejutkan dalam dunia filem superhero, memandangkan berjuta-juta dolar untuk menghasilkan dan mempromosikan filem itu. Tetapi bukan kali pertama seorang pelakon mendapat bayaran gaji sebegitu. Chris Evans untuk “Captain America: The Avengers” juga hanya mendapat bayaran sebanyak $ 300,000.

Walau bagaimanapun, pelakon dalam filem “Avengers” tersebut memperoleh antara $ 2-6 juta selepas bonus, manakala Robert Downey Jr. menerima $ 50 juta dan Henry Cavill memperoleh $ 14 juta untuk pertama kalinya dia memainkan watak untuk Superman dalam “Man of Steel.”

Dengan kutipan filem yang tinggi, “Wonder Woman” yang telah memperolehi lebih daripada $ 570 juta di seluruh dunia sehingga kini, sudah pastinya Gal Gadot perlu menerima habuannya yang lebih tinggi. – hc