Gara-Gara Tembakau, Majlis Pernikahan Seorang Lelaki di India telah Dibatalkan

India – Seorang pengantin perempuan bertindak membatalkan majlis pernikahannya atas satu alasan yang tidak munasabah.

Ia hanyalah disebabkan oleh pengantin perempuan tersebut tidak menyukai tindakan pengantin lelaki yang mengunyah tembakau sepanjang upacara pernikahan berlangsung.

Menurut Al-Arabiya, sewaktu melihat pengantin lelaki masuk ke dewan sambil mengunyah tembakau, pengantin perempuan tersebut terus tidak mahu berkahwin.  Majlis perkahwinan yang akan berlangsung di sebuah kampung di Lalganj, India juga dibatalkan.

Keluarga kedua-dua belah pihak cuba untuk memujuk pengantin perempuan supaya tidak membatalkan pernikahan itu, namun, wanita tersebut telah nekad untuk tidak mahu berkahwin.

Akhirnya, keluarga pengantin lelaki bertindak membuat laporan polis kerana merasa mereka sekeluarga telah dimalukan oleh pengantin perempuan.

Sewaktu di soal polis, pengantin perempuan itu memberikan alasan bahawa dia tidak mahu berkahwin dengan orang yang memakan tembakau.

“Saya tidak mahu berkahwin dengan seorang penagih ‘gutka’ (tembakau),” katanya sewaktu disoal dengan pengawai polis yang bernama Vijay Singh. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *