Gaya Rambut yang Baru Cristiano Ronaldo jadi perhatian ramai

London – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sudah seminggu tampil kemas dengan penampilan baru yang berbeza dengan penampilan-penampilannya sebelum ini iaitu dengan potongan rambut yang pendek ala tentera.

Ronaldo telah memotong rambutnya kerana telah berjanji akan memotong rambut jika Real Madrid menjuarai Liga Champions dan jika dia dapat menjaringkan gol.

Penampilan berbeza Cristiano Ronaldo menerima reaksi positif dari peminatnya. Namun, penampilan Ronaldo juga telah mendapat penerimaan yang berbeza dari pemain bola sepak kebangsaan Portugal.

Ronaldo telah kembali ke pasukan bola kebangsaan untuk bermain di Confederations Cup 2017 dan dia telah disambut dengan usikan dari rakan sepasukannya.

Menurut Jose Fonte, pemain kebangsaan West Hem, pemain kebangsaan Portugal mengkritik rambut baru Ronaldo.  Forte juga menyatakan bahawa selain dari rambut baru Ronaldo, kami sangat gembira dengan kehadiran Ronaldo.

Terlalu banyak gurauan dari pemain pasukan, dan itu membuatkan suasana menjadi sangat tenang.

Pertama kali muncul dengan rambut begitu, Ronaldo telah mendapat banyak kritikan terutamanya dari Ricardo Queresma.

Tambah Fonte lagi, “Tetapi, kami sangat gembila melihat perubahan Ronaldo.  Kami semua sudah terbiasa dengan potongan rambut begitu, asalkan Ronaldo gembira, semuanya akan berjalan dengan lancar.”