Haram Hukumnya Bermain Mercun?

19/06/2017 – Setiap datangnya Ramadan dan berlanjutan sehingga Syawal, pasti ada saja kes kecederaan akibat mercun. Biasanya bahagian tangan dan jari hancur paling banyak berlaku. Ada juga kes hingga menyebabkan buta mata. Budaya bermain mercun setiap kali bulan ramadan sebenarnya adalah suatu budaya yang bahaya dan tidak sepatutnya diamalkan.

Bukan sahaja bahaya, malah bermain mercun ini juga boleh menjadi haram. Pertama kerana ia berbahaya, memberi mudarat kepada orang lain, berlaku pembaziran, dan mengganggu jiran tertangga. Perkongsian kali ini menerusi IIUM Confession tentang hukum bermain mercun adalah haram.

Berdasarkan kepada banyak nas, didapati bahawa hukum bermain mercun adalah haram dan wajib dijauhi oleh umat Islam lebih-lebih lagi yang bersifat membahayakan.

“Pagi tadi ustaz di sekolah saya memberi tazkirah, beliau ada sentuh bab mercun. Beliau kata bahawa mulanya hukum mercun ini harus walaubagaimanapun, main mercun ini juga boleh jadi haram. Hal ini terjadi bila kita terlalu boros. Allah tak suka kita membazir, membazir itu amalan syaitan.”

“Ustaz kata kalau beli setakat seratus ke bawah, bilangannya tak apa ini sekali beli RM500. Selain itu , ustaz kata main mercun boleh jadi haram bila mana kalau mengganggu orang persekitaran. Kalau main bunga api atau mercun ‘bawang’ itu tak apalah, ini main mercun bola yang bunyi sangat kuat.”

“Contohnya, kalau ada bayi kat rumah jiran sebelah, kita main mercun bola sampai terkejutkan bayi itu sampai bayi itu jadi sawan. Ustaz kata, kalau dia sawan sampai besar, tanggungan kos yang mak ayah dia kat hospital nak bayar sakit sawan bayi itu sepanjang itu lah kita berdosa. Jangan disebabkan keseronokan kita, orang lain yang menderita.”

“Cikgu saya cerita ada seorang anak muridnya dia bermain mercun, ayah dia ini pekebun jadi ayahnya selalu guna mercun bola untuk halau monyet di kebun. Tapi nak dijadikan cerita, murid itu dia main mercun itu dan terpercik pada mata dia. Mata sebelah dia telah buta dan sebelah lagi hanya nampak bayang-bayang saja. Dia sampai sekarang buta dan tak boleh sembuh sebab cacat kekal.”

“Semoga cerita ini bermanfaat kepada semua. Lebih baik mencegah daripada mengubati, ingat seronok-seronok juga tapi nyawa itu hanya satu dan hargai lah nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Buat para ibu bapa, awasilah anak-anak anda,” tulisnya.

Ingatlah bahawa kerosakkan yang berlaku akibat mercun amat banyak. Budaya mercun ini sudah bertapak begitu lama di kalangan masyarakat Islam Malaysia. Mengapa masih lagi mahu meneruskan budaya bahaya ini dalam kalangan masyarakat Islam?

Marilah sama-sama kita insaf untuk membendung budaya yang tidak sihat ini, agar kita semua selamat dari sebarang kecederaan dan kerosakkan harta benda. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *