Heboh! Kambing Bermata Satu Lahir di India

India – Seekor anak kambing bermata satu telah lahir pada 10 Mei di Assam, India.   Anak kambing itu dipanggil ‘cyclopia’ kerana kecacatan yang berlaku padanya.

Doktor haiwan meramalkan bayi kambing bermata satu itu akan mati dalam masa beberapa hari. Namun, bayi kambing itu telah hidup lebih dari jangka masa dikatakan oleh doktor.

Ia adalah keganjilan yang jarang berlaku, ia terjadi semasa dalam perkembangan rahim apabila kedua-dua hemispheres otak tidak berpisah.

Ini membawa kepada pembentukan rongga tunggal dengan satu mata, atau kadang kala bola mata bergabung atau terpisah.

Keadaan ini juga boleh berlaku kepada haiwan lain termasuklah kuda,  babi, lembu, kucing dan juga jerung hitam.

Sebilangan besar orang telah datang untuk melihat kambing itu.  Menurut penduduk kampung, kambing adalah suci, dan beberapa penduduk tempatan mula menyembah kambing tersebut.

Mukhuri Das, pemilik kambing itu mengatakan, “Saya sangat terkejut.  Ia seperti keajaiban dan ramai orang datang ke tempat kami untuk melihat bayi kambing itu.”

Seorang penduduk kampung yang datang untuk melihat kambing tersebut berkata, “Apabila mendapat tahu mengenai anak kambing itu, saya ingatkan ia hanyalah satu pembohongan.  Tetapi saya terkejut apabila melihat kambing dengan satu mata.”

Mukhuri juga berkata, “Tanggungjawab saya untuk menjaga bayi kambing ini.  Saya telah memberi dia makan sama seperti kambing yang lain.”

“Bayi kambing itu telah lahir rumah kami, ini mungkin sesuatu dari Tuhan.”

Mukhuri percaya bahawa kelahiran anak kambing ini akan membawa tuah ke rumahnya.

Tambahnya lagi, “Ramai orang telah datang melihat bayi kambing ini.  Kami gembira dia telah membuatkan kami terkenal.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *