Ikan Lumba-Lumba Berkepala Dua Pertama di Dunia Ditemui

Amsterdam – Sekumpulan nelayan di Laut Utara telah menangkap seekor ikan lumba-lumba unik yang dikatakan berkepala dua.

Nelayan tersebut telah menangkap ikan lumba-lumba unik itu menggunakan pukat di perairan Hoek van Hollad, Belanda.

Menurut laporan news.com.au, itu merupakan kali pertama ikan lumba-lumba kembar siam ditemui.  Sebelum ini, terdapat 10 kes yang melibatkan Cetacea iaitu kumpulan yang melibatkan ikan paus dan ikan lumba-lumba.

Ikan lumba-lumba jenis Phocoena Phocoena yang ditemui itu merupakan Cetacea yang terkecil dan banyak terdapat di perairan barat laut Eropah.  Dianggarkan 345 ribu spesis tersebut berada di Laut Utara.

Oleh kerana menganggap menyimpan haiwan unik itu haram, nelayan tersebut telah membuang ikan lumba-lumba itu kembali ke laut.  Tetapi, mereka sempat mengambil beberapa gambar ikan lumba-lumba berkepala dua itu.

Gambar tersebut sedang dikaji oleh pakar di Universiti Rotterdam.

Penemuan ikan lumba-lumba berkepala dua ini dikira sebagai yang terbaru dan pertama dalam senarai panjang penemuan makhluk aneh yang hidup dilaut atau terdampar dipantai.

Sebelum ini, saintis telah mengenalpasti makhluk aneh berbentuk gumpalan putih besar yang terdampar di sebuah pantai di Filipina.

Manakala di Perth, Australia pula, reptilia unik berkepala dua dan berkaki empat telah ditemui oleh seorang wanita di belakang rumahnya.  Pada mulanya dia menyangka haiwan itu adalah ular.  Namun, ia rupanya adalah seekor ‘bobtail lizard’ yang mempunyai dua kepala. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *