Ini Perkara Yang Buat Kereta Perodua Unik Dari Brand Lain

Nak balik kampung dengan bergaya tapi nak jimat petrol? Nak bawak separuh rumah tapi takde duit nak beli trailer?

Kalau anda jawap “ye” untuk kedua-dua soalan ini, jadi masa ini lah yang paling sesuai untuk membeli kereta, apa-apa lagi dengan bulan Syawal yang bakal muncul tak lama lagi. Tetapi kereta apa?

Ada 4 kriteria yang kita lihat, yang pertama ia mestilah bermutu, kedua bergaya, ketiga mampu milik dan keempat dapat delivery dengan kadar segera.

Selepas penat bertanya di beberapa jenama kenderaan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, kami singgah ke showroom Perodua dan terkejut dengan tawaran hebat yang diberikan pada musim perayaan ini.

Bukan sahaja Perodua mengadakan promosi yang mencecah RM5,000 untuk Myvi tetapi hampir kesemua kenderaan mereka dapat diregister dalam masa terdekat, lebih lebih lagi apabila loan cepat lulus.

Untuk mereka yang bekeluarga, Perodua juga memberi “penebusan tunai” (kenapa diorang tak panggil diskaun eh?) untuk Alza (RM1,300) dan Bezza (RM1,500). Delivery pun boleh dalam masa terdekat kalau bank tolong.

Apa yang hebat sangat tentang kereta-kereta ni?

Bezza yang bestnya memang jimat minyak, boleh bawak dari KL ke JB dengan satu tanki petrol dan ada lebih untuk jalan-jalan raya ni.

Ruang bonet Bezza juga besar, bolehlah nak bawak baju untuk seminggu bersama dengan buai baby sekali.

Harga Bezza pun memang competitive; RM50,800 untuk varian 1.3 liter; yang ada push start button, “rear view camera” dan USB port untuk charge hand phone semasa balik kampung.

Kos penyelenggarannya pula berpatutan, dalam setahun hanya perlu servis dua atau paling banyak pun 3 kali sahaja.

Nak cari tempat servis pun senang, Perodua ada 198 pusat servis seluruh negara jadi tak lah susah sangat kalau nak servis kat kampung.

Myvi pula… dah sejuta dah dibuat oleh Perodua, kenderaan ikon Perodua – dipercayai, berkualiti dan digemari oleh ramai Malaysia. Kali ni ada RM5,000 cash back sempena raya.

Alza pula untuk keluarga yang perlu ruang yang lebih. Ini penting terutama sekali untuk mereka yang berkeluarga. Delivery pun cepat apabila tidak ada masalah dengan bank.

Tidak terlupa juga Perodua Axia. Model ini merupakan model paling laris di negara kerana harga yang amat kompetitif dan mudah dikendali – terutama sekali di bandar-bandar besar.

Berkualiti, jimat minyak dan mudah di jaga, Axia memang kegemaran kebanyakan rakyat pada masa kini.

Apa yang di tawarkan oleh Perodua pada musim ini memang hebat. Kalau ada masa tengok lah dan bandingkan lah sendiri. Tapi dinasihatkan kalau nak tempah kereta Perodua, jumpalah penasihat jualan yang sah, baru nampak maklumat yang betul. – sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *