Jangan Anggap Hujan Itu ‘Musibah’, Belajar Hargai Hujan

20/06/2017 – Lumrah manusia. Bila terlalu kerap hujan kita merungut, bila panas berpanjangan pun kita merungut juga. Mana satu yang kita mahu sebenarnya?

Ramai orang yang akan mengeluh atau marah bila hujan turun, terutamanya jika baru lepas cuci kereta atau sidai baju. Malah ada juga yang merasakan hujan satu ‘musibah’ atau ‘cuaca buruk’. Orang akan berusaha lari lintang pukang bila hujan turun. Padahal ianya hanya air yang dingin, bersih dan satu rahmat.

Perlu kita ingat di sini, hujan adalah Berkah. Apa pun bentuknya, hujan adalah rahmat yang diturunkan oleh Allah, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anfal [8]: 11), al-Furqan [25]: 48-49, dan lain-lain.

Hujan itu menjadi berkat untuk membersihkan dari berbagai hal, menumbuhkan tanah yang mati, dan lain sebagainya. Jika kita melihat struktur air, maka boleh didapati dalam satu molekul air terdiri daripada satu atom oksigen yang besar (bercas positif) ditampal dua atom hidrogen yang kecil (bercas negatif).

Oleh itu, bahagian oksigen molekul air tersebut masih boleh menarik atom hidrogen dari molekul air yang lain, termasuk bahan-bahan kimia lain. Selain sebagai pelarut yang baik, air juga termasuk makanan yang sangat penting bagi manusia, selepas oksigen dari udara untuk bernafas.

Dalam salah satu hadisnya, Nabi SAW menyatakan bahawa doa ketika sedang hujan oleh Allah dikabulkan. “Dua ketika (di mana doa) tidak ditolak atau sedikit sekali yang ditolak: (iaitu) berdoa ketika azan dan ketika pertempuran sedang berkecamuk (dan dalam satu riwayat mengatakan) dan ketika hujan.” (HR Abu Daud).

Sedangkan kejadian banjir kerana hujan tidak diperkenalkan dalam Al-Quran. Sebab, Al-Quran memperkenalkan hujan sudah sesuai dengan saiz yang sesuai dengan kapasiti bumi. (QS al-Mu’minun [23]: 18). Banjir merupakan human and social error, kesalahan manusia dan kesalahan sosial, kesalahan persekitaran sosial yang tidak akrab dengan ekosistem dan bukan “God Error.” Curah hujan tetaplah sebagai rahmat Allah untuk alam semesta. Hanya saja, penghuni alam semesta ini (utamanya manusia) menolaknya dengan berbagai cara.

Penyebab terjadinya banjir adalah kerana kesalahan manusia. Bagi orang yang beriman, banjir tidak semata-mata musibah, tapi bagaimana ia menjadi rahmat. Caranya adalah dengan berupaya melakukan jangkaan atau mengatasi banjir tersebut. Dengan banjir, banyak ahli bermunculan.

Dengan banjir, terdapat pelbagai lapangan pekerjaan. Malah, dari banjir orang boleh beramal melalui penghimpunan dana untuk membantu mangsa banjir. Kerana itu, dengan adanya banjir, hendaknya kita senantiasa mensyukuri nikmat Allah untuk saling berkongsi dengan rakan-rakan. Kita harus banyak mengingat Allah SWT yang maha bijaksana atas segala kuasa-Nya.

Apapun, ‘belajarlah untuk menghargai hujan’, marilah kita sama-sama betulkan segala persepsi dan pandangan kita yang buruk terhadap hujan selama ini. Hujan ini adalah rahmat untuk sekelian alam. Janganlah sehingga alam ini menjadi padang jarak padang terkukur, baru hendak meratapi akan kehilangan hujan. – MissA/UtaraNews.com