Jepun Bakal Perkenal Penghantaran Bungkusan Menggunakan Drones

Sistem penghantaran “humanless” ini bukan senario rekaan untuk Jepun, yang mahu melancarkan teknologi ini pada awal tahun 2020 untuk mengurangkan beban pada sektor penghantaran.

Industri penghantaran bergelut dengan pengurangan pekerja, dengan bilangan bungkusan yang dihantar tahun lepas mencecah 3.9 billion dengan lebih ramai orang membeli dalam talian.

Visi yang bercita-cita tinggi ini telah dinyatakan dalam pelan tindakan strategik yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada awal bulan ini, walaupun teknologi ini masih diperingkat awal.

Dokumen ini juga membentangkan senario di mana pakej dihantar dari sebuah pulau terpencil di selatan Shikoku mendapat menghantar dua ribu km ke utara Hokkaido melalui rangkaian kenderaan ‘autonomous’, tiba “dengan selamat, cepat dan murah walaupun di musim sejuk”.

Untuk mencapai itu, Tokyo telah berikrar untuk menyesuaikan “playmaker” yang akan menulis semula undang-undang dan segera mengenalkan insfrastruktur yang diperlukan seperti rangkaian mudah alih 5G sewaktu bekerjasama dengan syarikat swasta.

Pembekal dalam talian Jepun, Rakuten telah bekerjasama dengan AirMap yang berada di California, iaitu pemimpin global dalam pengurusan ruang udara drones, untuk melihat kawalan trafik kenderaan udara tanpa pemandu.

Tahun hadapan, Jepun mahu mula menghantar bungkusan mengunakan drones di kawasan pergunungan yang meliputi 73% keluasan tanahnya.  Pelancaran di bandar pula akan datang pada awal tahun 2020.

Ujian percubaan telah bermula di Chiba, wilayah timur Tokyo yang merupakan zon kawalan untuk drones.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *