Kebakaran Grenfell Tower akan disiasat oleh bekas Hakim Britain

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May melantik bekas hakim, Martin Moore-Bick mengetuai siasatan awam kejadian kebakaran di Grenfell Tower.

Ketika ini seorang daripada 80 mangsa, Tony Disson, 65, yang maut dalam tragedi pada 14 Jun lalu sudah dikebumikan.

“Kita mesti siasat apa sebenarnya berlaku. Tiada apa yang akan disembunyikan dalam siasatan awam itu nanti,” kata May ketika mengumumkan pelantikan Moore-Bick hari ini.

Khamis lalu, Moore-Bick melawat kawasan kebakaran dan bercakap dengan anggota perkhidmatan kecemasan sebelum bertemu dengan mangsa yang selamat serta penduduk tempatan berhampiran sebuah gereja.

Siasatan yang dilakukan oleh Moore-Bick mungkin mengambil masa beberapa tahun dan May akan menyediakan laporan sementara mengenai hasil siasatan itu.

“Saya faham perasaan mereka yang mahukan keadilan dilaksanakan. Siasatan untuk mencari kebenaran akan dilakukan secepat mungkin,” kata Moore-Bick.

AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *