Kebanyakkan Kawan Sebenarnya Tak Suka Kita

20/06/2017 – Ada yang merasakan mempunyai kawan yang ramai memang menyeronokkan. Kebaikannya akan ada ramai kawan yang boleh minta tolong jika dalam kesusahan. Tapi, sebenarnya tak perlukan kawan ramai kalau ada antara kawan kita sendiri tak sukakan kita.

Biar kawan sedikit tetapi memang betul-betul selesa bila bersama kita dan tidak bermuka-muka. Di depan kita baik tetapi di belakang, tidak sukakan kita dan burukkan kita.

Menurut kajian sains, kebanyakkan kawan sebenarnya tidak suka dengan kita. Hubungan baik yang terjalin antara kawan itu bukan seperti yang kita bayangkan. Jika ada kawan baik yang memanggil anda kawan baik tetapi tidak pernah minum secawan dengan anda, mungkin anda sedang mengalami fenomena ini.

“Orang tidak suka mendengar dari orang yang mereka fikir tidak menamakan mereka sebagai kawan,” menurut Alext Pentland.

Kajian persahabatan ini dilakukan pada 85 orang pelajar dalam satu kelas pengurusan perniagaan. Peserta dikehendaki memberi nilai antara skala 1 hingga 5 untuk menunjukkan ‘kerapatan’. Skala daripada ‘saya tidak kenal orang ini’ sehingga ‘salah seorang kawan baik saya’.

Kita mungkin mempunyai beberapa kawan yang hanya boleh berkongsi perasaan dan pendapat peribadi sahaja. Beberapa kawan lain hanya boleh berkongsi perbualan kosong dan perbualan melibatkan minat dan hobi sahaja. Jadi setiap orang mendefinisikan sahabat dengan cara yang berbeza mengikut personaliti mereka yang berbeza.

Kita sekarang hidup dengan media sosial seperti facebook, instagram, Twitter dan pelbagai lagi. Jadi perkataan ‘kawan’ ini bermaksud bilangan nombor yang ada di media sosial. Kebanyakkan bilangan ‘kawan’ ini terdiri dari orang yang tidak dikenali. The New York Times melaporkan, risiko mempunyai hubungan yang tidak bermakna akan mendorong ke arah masalah kesihatan termasuk kehilangan fungsi otak.

Oleh itu, tidak perlulah mempunyai ramai kawan jika kebanyakkan kawan yang kita ada sebenarnya tak sukakan kita. Pilihlah kawan yang betul-betul tulus dan ikhlas berkawan, sanggup bersama susah dan senang. Memiliki kawan tidak menjadi hidup akan bahagia tetapi boleh membuatkan kita bertambah runsing jika mempunyai kawan yang suka tikam belakang. Berkawan hanya mahu tahu rahsia dan menceritakan keburukan kita pada orang lain. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *