Kebenaran Sebalik Bayaran Rendah yang Diterima Gal Gadot sebagai ‘Wonder Woman’

Isu mengenai bayaran rendah yang diberikan kepada pelakon utama ‘Wonder Woman’, Gal Gadot telah menjadi kontroversi yang hebat.  Tambahan pula, bayaran Gal Gadot dikatakan lebih rendah dari bayaran yang diterima oleh Henry Cavill sewaktu berlakon dalam filem ‘Man of Steel’.

Tweet yang membandingkan bayaran pasangan itu telah dikongsi lebih dari 14 ribu kali.

Gal telah dibayar $300 ribu untuk filem Wonder Woman, manakala Henry Cavill pula dianggarkan mendapat $14juta untuk berlakon sebagai Spaiderman. Namun, bayaran yang diterima oleh Cavill dikatakan adalah termasuk bayaran bonus ‘box office’ untuk filem itu.

Kontroversi bermula apabila seorang wartawan memuat naik status mengatakan, “the most compelling DC villain is the pay gap” di akaun Twitternya.  Dia kemudian telah memadam status tersebut.

Gal dikatakan akan mendapat bayaran bersih selepas jumlah kutipan keseluruhan filem Wonder Woman dikira.   Setakat ini, filem Wonder Woman mendapat angaran kutipan sebanyak $578juta dan filem itu masih menjadi tontonan di pawagam serata dunia.

Menurut The Vulture, Henry Cavill semasa pertama kali berlakon sebagai Superman juga telah menerima bayaran ‘enam angka’ sama seperti Gal Gadot.

Amy Adams yang juga berlakon bersama Gal menerima bayaran lebih tinggi darinya iaitu $14juta dan itu juga telah menimbulkan tanda tanya.

Menurut majalah Vanity Fair, anggaran bayaran Cavill itu adalah “gila”.

“Pelakon baru di dalam filem franchise akan dibayar dengan kadar permulaan.  Dan, apabila filem franchise berkembang, mereka akan membuat lebih banyak duit.”

Jumlah anggaran bayaran seorang selebriti boleh di dapati dari laman sesawang The Richest.  Namun, jumlah yang dianggarkan dalam laman itu kadang kala benar. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *