Kembar Emma Watson Berada Di Indianapolis

Jika sebelum ini pelakon comel Chloe Moretz telah menjumpai ‘kembarnya’ yang tinggal di Filipina, kini tiba giliran aktres popular Emma Watson, 27, pula bertemu kakak kembarnya.

Wanita bernama Kari Lewis, 27, ini berasal dari Indianapolis, Amerika Syarikat dan bekerja di sebuah kedai menyewa video.

Menurut Kari yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata, dia pada mulanya tidak mengetahui siapakah gerangannya Hermoine Granger (watak yang dimainkan Emma dalam filem francais Harry Potter) seperti dalam komen yang ditinggalkan strangers menerusi ruangan komen Instagramnya.

Dalam komen-komen itu kebanyakan mengatakan dia mempunyai wajah seiras dengan Hermoine.

I'm finally enjoying the outdoors!

A post shared by Kari Lewis (@kariellex) on

“Pada awalnya saya kurang jelas siapakah Emma Watson sebenarnya namun sejak beberapa kali orang menegur rupa saya sama seperti pelakon watak Hermoine Granger, barulah saya tergerak hati untuk melihat siapakah pelakon gadis itu dan sememangnya wajah dia mempunyai rupa paras seiras seperti saya.

“Sejak dari itu, saya mula jatuh cinta lebih dengan watak Hermoine dalam Harry Potter, saya banyak membaca novel-novel Harry Potter dan membuatkan saya dekat dengan sifat serta personaliti Hermoine yang sememangnya seorang ulat buku (seperti saya), bijak dan suka mengarah,” katanya, lapor Buzz Feed. – mnh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *