Kenaikan Harga Makanan Di Pulau Pinang Berpunca Dari Kerajaan DAP #GuanEngKakiGadaiTanah

20/06/2017 – Bila sifat tamak menguasai, rakyat akan ditindas tanpa belas kasihan. Ini dapat dilihat apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP. Saban hari rakyat negeri tersebut diasak dengan pelbagai bebanan yang diberikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pulau Pinang bakal menjadi negeri muflis kerana kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng yang hanya mementingkan untuk penuhkan kantung mereka sendiri sahaja berbanding mengutamakan kebajikan rakyat.

Semenjak parti rasis dan cauvinis DAP memerintah pada tahun 2008, bermulalah episod kemusnahan alam sekitar dan kehidupan rakyat Pulau Pinang. Sedikit demi sedikit parti rasis dan cauvinis DAP telah mengundang kemusnahan dan kerosakan kepada negeri dan rakyat di negeri ini.

Jadi, sudah tiba masanya rakyat negeri Pulau Pinang perlu sedar dan menolak parti yang kononnya memperjuangkan hak rakyat serta menyelamatkan negeri ini pada pilihan raya umum akan datang dengan memilih parti yang benar-benar layak memerintah.

Ini kerana kerajaan negeri pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP di bawah pimpinan Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP, yang memerintah Pulau Pinang sejak 2008 telah hilang integriti dan ketelusan.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini dikatakan bersetuju untuk menaikkan kadar air sehingga 77 peratus terhadap pengguna individu dan 58 peratus bagi perniagaan.

Bagaimanapun, ia sudahpun mencetuskan kebimbangan apabila tahun lalu apabila Ketua Menteri itu mengumumkan Bajet 2017 bagi Pulau Pinang di mana Pejabat Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu diperuntukkan RM707 juta, atau hampir separuh dari bajet keseluruhan negeri melibatkan RM1.45 bilion bagi tahun ini.

“Kebimbangan ini semakin meningkat apabila didapati, daripada jumlah RM707 juta itu, Pejabat Ketua Menteri perlu memperuntukkan RM609 juta sebagai pinjaman kecemasan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di mana Ketua Menteri juga adalah Pengerusi agensi itu.

“PDC adalah milik sepenuhnya Kerajaan Pulau Pinang di mana ia turut merekodkan kejatuhan keuntungan sehingga 80 peratus pada tahun 2015,” kata Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional.

Bagaimanapun, ramai yang pelik mengapa Pejabat Ketua Menteri perlu memperuntukkan pinjaman kecemasan sebanyak RM30 juta kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di mana Ketua Menteri juga adalah Pengerusinya, disebalik hakikat kadar air sudah dinaikkan sebanyak empat kali antara 2008 hingga 2016.

Pulau Pinang turut menaikkan kadar air pada 2010, 2013, 2015 dan menaikkan caj air mentah negeri pada 2016.

“Disebalik pinjaman kecemasan ini dan empat kenaikan kadar air, kami juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang melalui satu mesyuarat Exco yang berlangsung pada 26 Oktober 2016, telah meluluskan satu lagi kenaikan caj air terhadap seluruh Pulau Pinang, hampir sama dengan kenaikan yang sudah dilaksanakan pada 1 April 2015.

“Kerajaan Pulau Pinang kemudian mengemukakan satu permohonan rasmi kepada Kerajaan Persekutuan pada 23 Disember 2016 bagi memohon kenaikan kadar air ini di mana akan memperlihatkan bil untuk kegunaan domestik meningkat hingga 77 peratus manakala pemilik perniagaan akan menanggung kenaikan sehingga 58 peratus berkuatkuasa 1 April 2017,” kata pasukan itu.

Berdasarkan kepada perkiraan Kerajaan Pulau Pinang, selain menekan isirumah, permohonan semakan semula itu akan turut memberi kesan yang besar kepada kos operasi perniagaan.

Dianggarkan, bil air bagi sesebuah kilang di Pulau Pinang akan meningkat dari RM88,000 sebulan kepada antara RM196,000 hingga RM284,000 sebulan atau kenaikan sehingga 45 peratus. Manakala sebuah hotel lima bintang dianggarkan akan menanggung kenaikan sehingga RM22,000 iaitu dari bil bulanan sebanyak RM48,000 kepada RM70,000 sebulan.

“Kita bimbang dengan kenaikan berterusan kadar air pada jumlah yang besar itu akan memberi kesan melalui kenaikan kos kepada sektor perkilangan hingga memaksa mereka menutup kilang mereka dan keluar dari Pulau Pinang. Berdasarkan kepada proses pengeluaran semikonduktor ia memerlukan penggunaan air yang tinggi,” kata pasukan itu.

Malah, perniagaan kecil juga bakal berdepan kos penggunaan air meningkat secara ketara. Ini kerana perkiraan Kerajaan Pulau Pinang sendiri menunjukkan bil bulanan bagi restoran biasa akan meningkat pada kadar 46 peratus iaitu dari RM6,700 kepada RM9,900 manakala kedai gunting rambut akan memperlihat kenaikan sehingga 58 peratus dari RM730 kepada RM1,200 sebulan.

Kenaikan begitu tinggi bagi bil air bulanan akan menyebabkan pemilik perniagaan terpaksa memindahkan kos berkenaan kepada pelanggan melalui harga yang lebih tinggi.

Salah satu justifikasi yang diberikan bagi menaikkan kadar air ini ialah perbelanjaan PBAPP telah meningkat dan tanpa peningkatan ini, ia akan menyebabkan agensi milik kerajaan negeri itu akan kehilangan pendapatan.

Dalam pada itu, cadangan peningkatan kadar air ini juga akan memperlihat Kerajaan Pulau Pinang menambah pendapatan mereka sehingga RM150 juta setiap tahun hasil kenaikan caj air yang dikenakan terhadap pengguna individu dan perniagaan.

Permohonan itu turut menyatakan kenaikan secara keseluruhan ini akan mula dikuatkuasakan pada 1 April 2017. Bagaimanapun satu surat susulan dikemukakan pada Februari 2017 bagi menarik balik kadar air ini, berkemungkinan atas sebab politik.

Ia kemudian digantikan dengan satu permohonan lain dengan kenaikan lebih sederhana untuk menggandakan caj konservasi air dari 48 sen setiap unit kepada RM1 setiap unit.

Penggandaan caj konservasi ini disahkan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada April lalu namun ia akan mengurangkan pendapatan PBAPP berbanding kenaikan terhadap individu dan perniagaan melalui kenaikan caj secara menyeluruh.

“Terdapat kebimbangan selepas Pilihanraya Umum ke-14 nanti, Kerajaan Pulau Pinang akan mengemukakan semula permohonan kenaikan air secara menyeluruh bagi mengelak PBAPP kerugian.

“Apatah lagi jika mengambil kira perbelanjaan tahunan kerajaan negeri Pulau Pinang telah meningkat sehingga 500 peratus sejak 2008 dan seorang Exco Pulau Pinang sendiri mengakui, tiada banyak lagi tanah untuk dijual di Pulau Pinang.

“Kebimbangan ini bertambah buruk apabila YAB Lim melalui satu kenyataan baru-baru ini merungut mengenai cadangan Cukai Pelancongan Kerajaan Persekutuan adalah tinggi namun bertegas akan mengekalkan cukai hotel yang dikenakan Kerajaan Pulau Pinang, bermakna akan mengaut pendapatan dua kali cukai kepada Kerajaan Pulau Pinang.

“Beberapa pemerhati telah menimbulkan kebimbangan, ia satu petunjuk bahawa Kerajaan Pulau Pinang amat terdesak dalam memerlukan wang.

“Kami menggesa Kerajaan Pulau Pinang untuk mengesahkan atau menafikan sama ada terdapat keputusan dibuat Exco Pulau Pinang bagi kenaikan kadar air secara menyeluruh pada September 2016.

“Kami juga meminta DAP untuk memberi jaminan kepada pengguna dan pemilik perniagaan, bahawa kadar air di Pulau Pinang tidak akan naik buat kali keenam jika mereka mengundi semula parti itu pada PRU akan datang,” kata pasukan itu lagi. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *