Kenapa DAP Takut Sangat Bila Prasarana Mahu Majukan Perkhidmatan Ferry Pulau Pinang?

21/06/2017 – Inilah sikap jelik puak Pakatan Harapan yang gemar bercakap berlandaskan nafsu jahat dan memburuk-burukkan apa sahaja yang dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi mereka, kononnya ia membebankan kepada rakyat atau negara.

Jadi, memang patutlah Pengarah Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) Yeoh Chin Kah membidas pendirian Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik mengenai pengambilalihan perkhidmatan feri Pulau Pinang oleh Prasarana Malaysia Bhd.

“Pendirian Ng Wei Aik mengenai pengambilalihan perkhidmatan feri Pulau Pinang oleh Prasarana Malaysia Bhd nampaknya berdepan dua untuk menipu pengundi.

“Perkhidmatan feri Pulau Pinang telah kehilangan (pendapatan) sejak beberapa tahun yang lalu, dan Prasarana, di bawah pengurusan Kementerian Kewangan, sanggup menanggungnya.

“Inilah semangat Barisan Nasional yang tulus berkhidmat kepada rakyat,” kata Yeoh.

Sabtu lalu, sebuah khbar harian Cina melaporkan mengenai Ahli Parlimen Tanjong itu yang meminta pengambilalihan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang akan menanggung kerugian.

Ng mendakwa bahawa kerugian itu kemudiannya akan dipindahkan ke Prasarana, sehingga menyebabkan pemerintah menanggung subsidi tersebut.

Walau apa pun, Yeoh menggesa Ng untuk “melakukan kerja rumahnya” dan tidak tergesa-gesa untuk mencari isu-isu semata-mata untuk memusingkan niat baik Kerajaan Persekutuan.

Ini kerana kata beliau, Prasarana mempunyai reputasi yang baik dalam mengendalikan perkhidmatan pengangkutan awam dan mengambil alih perkhidmatan feri di Pulau Pinang adalah langkah yang baik. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *