Kerajaan patut Haramkan terus penjualan bunga api dan Mercun

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan pusat agar mengharamkan mercun dan bunga api berikutan ia merbahaya kepada masyarakat di negara ini.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, gesaan itu telah dibuat CAP sejak 30 tahun lalu namun pihak berkuasa masih belum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, lebih mengecewakan mercun dan bunga api masih dijual secara berleluasa tanpa sebarang penguatkuasaan diambil.

“Sepatutnya perayaan disambut dengan penuh kemeriahan tetapi malangnya setiap tahun ada sahaja mereka yang dimasukkan ke hospital. Pihak berkuasa berkaitan nampaknya tidak mengambil berat dalam menangani masalah ini yang masih berterusan setiap tahun.

“Tahun ini kita masih dapat melihat kejadian-kejadian tidak diingini tetap berlaku. Masih banyak laporan kecederaan yang kita dapat baca dan tonton di televisyen namun mercun dan bunga api tetap dijual secara berleluasa dengan harga serendah RM2 hingga RM65 sekotak,” katanya.

Mohamed Idris berkata, pihaknya difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengetepikan pengharaman dengan mengeluarkan permit kepada syarikat tempatan untuk mengimport mercun dan bunga api pada 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *