Kerap Berswafoto Boleh Menyebabkan Kekejangan dan Sawan?

Demi mendapatkan gambar yang cerah dan cantik atau jika pencahayaan tidak mencukupi untuk menangkap gambar, kita sering mengunakan lampu ‘flash’ pada kamera.

Tanpa menyedari yang sebenarnya penggunaan ‘flash’ kamera boleh menyebabkan sawan.

Baru-baru ini, di Kanada, seorang remaja perempuan mengalami kekejangan selepas melakukan swafoto atau ‘selfie’.

Menurut Dailymail, kejadian yang berlaku kepada remaja perempuan itu adalah disebabkan oleh reaksi fotosensitif ketika menangkap gambar mengunakan ‘flash’. Menurut doktor waktu kejadian itu berlaku fenomena ‘selfie-epilepsy’.

Satu kajian yang dilakukan oleh pakar kanak-kanak di Universiti Dalhousie, Canada dan juga telah diterbitkan dalam jurnal perubatan, seseorang yang mengidap penyakit sawan fotosensitif boleh mengalami kekejangan disebabkan oleh lampu ‘flash’ pada kamera.

Doktor mengkaji lonjakan otak remaja itu untuk mengumpulkan maklumat mengenai punca wujudnya kekejangan.

Remaja perempuan itu telah dibawa ke makmal dan disambungkan dengan alat Electroencephalogram (EEG) untuk menguji dan merekod aktiviti otaknya.

Menurut doktor, jika berswafoto di dalam bilik yang gelap, kilatan lampu ‘flash’ akan membuatkan mata berdenyut dan memberi lonjakkan yang luar biasa kepada otak.

Oleh itu, doktor membuat kesimpulan bahawa remaja perempuan tersebut mengalami sawan fotosensitif terhadap swafoto yang diambilnya.

Sawan fotosensitif merupakan salah satu dari jenis sawan. Hanya 3% kes sahaja yang berlaku dan hanya terjadi kepada remaja yang gemar berswafoto.

Selain itu, terlalu banyak berswafoto juga tidak bagus untuk kesihatan kerana ia boleh membuat kulit berkedut disebabkan oleh wujudnya radiasi elektromegnetik dari telefon pintar. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *