‘Kilang Like’ di Thailand Diserbu, 474 iPhone Dirampas

Thailand – Kes bot WeChat ini bukan lah satu isu yang baru.  Kes ini mempunyai lebih dari 700 juta pengguna bulanan yang sebahagian besarnya di China.

Syarikat akan menggunakan Chatbot yang sah untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Manakala Chatbot yang haram pula untuk mengeluarkan spam, like dan follow.

Di Thailand sebuah ‘kilang like’ telah membuka pandangan lain kepada industri bot.

Menurut Bangkok Post, polis dan tentera Thailand telah menyerbu sebuah rumah sewa di sempadan Kamboja.

Mereka telah menemui ‘kilang like’ yang digunakan oleh tiga orang China yang bernama Wang Dong, Niu Bang dan Ni Wenjin.  Mereka dikatakan mempunyai rak logam yang terpasang di rumah sewa mereka dengan ratusan kabel iPhone 5S, 5C dan 4S yang telah disambung ke komputer.

Jumlah keseluruhan peranti yang dijumpai di rumah sewa tersebut adalah 474 buah iPhone, 347 ribu SIM kad yang tidak dipakai milik syarikat mudah alih Thailand, 10 buah komputer riba dan sejumlah peranti elektronik yang lain.

Semua barang bukti tersebut telah disita oleh pihak polis.

Pada mulanya polis menyangka mereka menjalankan operasi penipuan ‘call center’, namun tertuduh menyatakan bahawa mereka telah dibayar untuk menjalankan jaringan akaun bot yang terkenal di Wechat.

Menurut Post, ketiga-tiga lelaki tersebut berkata mereka telah dibayar sebanyak 150 ribu Baht (RM19 ribu) oleh sebuah syarikat di China untuk meningkatkan penglibatan pembuatan pada WeChat untuk produk yang dijual secara atas talian di China.

Operasi tersebut dilaporkan telah berpusat di Thailand kerana bayaran penggunaan telefon pintar yang murah.

Menurut laporan Bangkok Post, mereka telah ditahan atas beberapa tuduhan seperti melanjutkan visa, bekerja tanpa izin, mengunakan SIM kad yang tidak berdaftar serta penyeludupan.

Bagi kesalahan bekerja tanpa izin di Thailand mereka boleh dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atau denda sebanyak dua ribu sehingga 100 ribu Baht atau keduanya sekali.

Polis kini sedang menyiasat cara tertuduh menyeludup telefon pintar dengan jumlah yang banyak ke negara mereka serta cara mereka mendapatkan banyak SIM kad tempatan. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *