Kim Kardashian Tidak Tahu Dimana Indonesia

Indonesia – Penyanyi Indonesia, Syahrini mendapat peluang keemasan berjumpa dengan bintang sensasi Hollywood, Kim Kardashian sewaktu bercuti di Tokyo, Jepun minggu lepas.

Namun, disebalik rasa gembira dapat berjumpa dengan idolanya, Syahrini rupanya menyimpan rasa kecewa terhadap Kim.

Ini adalah disebabkan oleh bintang rancangan realiti ‘Keeping Up with Kardashian’ itu tidak mengetahui lokasi Indonesia sewaktu Syahrini memperkenalkan dirinya.

Menurut Syahrini, Kim telah bertanya kepada aku, “Where are you from?”  Lalu dia memberitahu, “Indonesia.”  Kim kemudian bertanya kembali, “Di mana Indonesia?”

Kim tidak tahu mengetahui Indonesia di mana kerana dia cuma ketahui Bali sahaja.

Kekecewaan itu menyebabkan dia memberi gelaran baru seperti yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya.

Syahrini berkata, “Sebab itu caption aku macam itu, ‘cucok meong’ peluk Kim.”

Walaupun sekejap sahaja dapat berjumpa, penyayi lagu Sesuatu itu tidak lupa untuk mengambil gambar bersama isteri rapper terkenal Kanye West itu.

“Cukup berbual selama 15 minit dan tangkap gambar. Bukan aku kalau tidak mengambil gambar dan video,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *