Kini Perkhidmatan Uber Telah Diperluaskan Ke Kuala Terengganu, Batu Pahat Dan Sandakan

Uber dan Grab sering bersaing dalam memperluaskan penawaran mereka ke bandar-bandar baru sekaligus mendapatkan lebih ramai angka pengguna dan juga pemandu.

Terkini, Uber mengumumkan mereka telah mempunyai penawaran di lebih 15 buah bandar seluruh negara, sekaligus mengumumkan tiga penambahan bandar baru.

Tiga bandar baru yang ditambah oleh Uber adalah Kuala Terengganu, Batu Pahaat dan juga Sandakan.

Dengan penawaran rasmi ini, kita akan dapat melihat lebih ramai angka pemandu Uber di ketiga-tiga bandar berkenaan, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk membuat tempahan ke sesuatu destinasi. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *