Kirsten Dunst Berminat untuk Berlakon dalam Filem Jumanji 2

Los Angeles –Filem Hollywood yang terkenal pada tahun 1995, Jumanji akan membuat reboot dengan tajuk ‘Jumanji:  Welcome to the Jungle.’

Filem Jumaji ini menceritakan tentang sebuah permainan papan misteri dan berbahaya yang akan melepaskan segalanya dari labah-labah gergasi kepada singa ke dunia yang sebenar.

Namun, peminat filem ini menjadi tertanya-tanya akan barisan pelakon yang akan membintangi filem ‘remake’ Jumanji ini.

Nama pelakon Hollywood terkenal, Kirsten Dunst menjadi sebutan untuk berlakon dalam filem ini.  Sebelum ini dia pernah memainkan watak Judy Sheperd bersama dengan Robin Williams.

Sewaktu di temubual oleh Entertainment Tonight, Kristen menyatakan dia pasti akan bersetuju untuk berlakon dalam filem Jumanji.

Menurut Kirsten, “Itu akan menjadi sesuatu yang sangat menyeronokkan. Saya pasti akan melakukan sesuatu jika mereka mahu saya lakukannya.”

Kristen juga dengan nada bergurau menyatakan, “Sebenarnya saya tidak tahu mereka sedang membuat filem Jumanji ini.  Saya tersinggung jika saya tidak terlibat dalam filem ini.”

Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh Dwayne Johnson, Jack Black dan Karen Gillan dan akan ditayangkan pada bulan Disember.