KJ Kongsi Tip Menguruskan Anak Autisme

20/06/2017 – Ramai ibu bapa yang tidak mengetahui tentang apa sebenarnya ‘Autisme’. Simptom-simptom awal yang boleh dilihat pada anak-anak yang menghidapi Autisme dan pelbagai lagi persoalan tentang penyakit itu. Sebenarnya ibubapa sepatutnya lebih peka dengan perkembangan anak-anak.

Autisme ini adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkambangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Jika dapat dikesan awal ia mampu menyelamatkan keadaan kanak-kanak ini. Kanak-kanak itu sekurang-kurangnya boleh dilatih untuk menguruskan diri sendiri.

Menjaga anak yang mempunyai autisme sememangnya memberikan cabaran yang besar. Ibubapa akan sering merasa penat serta kadang-kadang merasa putus asa.

Minteri Belia Dan Sukan, iaitu YB Brig. Jen Khairy Jamaluddin memiliki seorang anak istimewa autisme. Memang diakui membesarkan anak autisme mempunyai cabaran tetapi membesarkan setiap anak yang normal juga mempunyai cabaran yang sama.

“Sebenarnya membesarkan anak-anak yang tiada masalah autisme pun susah, masing-masing ada perangai sendiri.

“Bagi saya setiap anak itu istimewa. Misalnya anak sulung dan bongsu saya Jibreil dan Raif Leo Averroes, mereka pun ada perangai tersendiri. Cuma kita sebagai ibu bapa perlu menyesuaikan diri dengan peribadi mereka,” katanya.

Khairy menjelaskan anak kedua Timor Abdullah, 9, memiliki kelainan upaya autisme dan memang diakui anak autisme memerlukan perhatian yang lebih terutamanya ketika masih di peringkat awal tumbesaran. Peringkat awal ini ibu bapa perlu memberi perhatian lebih supaya anak-anak tidak terus terperangkap dengan dunianya dan kemungkinan akan sukar untuk menjalani kehidupan apabila membesar kelak.

Khairy bagaimanapun merasakan menjaga anak autisme ini juga menjadikan dirinya lebih positif dan tidak lelah untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga kerana anak autisme memerlukan sistem sokongan yang lebih utuh iaitu keluarga.

Isteri Khairy, Nori Tun Abdullah akan menyediakan sebuah buku cerita khas bergambar untuk menerangkan atau mempersiapkan Timor tentang sesuatu perkara baru. Contohnya apabila ada orang yang tidak dikenali akan datang ke rumah, Khairy dan isteri akan melengkapkan Timor dengan sebuah buku seperti buku cerita agar dia lebih bersedia.

Malah, Khairy dan Nori juga telah membuka sebuah gimnasium We Rock The Spectrum Kids di Evolve Concept Mall, Ara Damansara dan berkolaborasi bersama Persatuan Kebangsaan Aurtisme Malaysia (Nasom) untuk aktiviti berkaitan.

Pasangan ini telah berkahwin pada 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jibreil Ali, 10, Timor Abdullah, 9 dan Raif Leo Averroes, 3. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *