Lebih seribu pelajar Tingkatan 4 dan 5 dikesan ambil dadah.

Sejumlah 1,252 pelajar dikesan mengambil dadah dalam tempoh empat bulan iaitu dari Januari sehingga April tahun ini.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pesol Md. Saad  kebanyakan murid yang terlibat adalah dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan 5.

“Tingkatan 5 sahaja seramai 520 orang manakala tingkatan 4 pula seramai 423 orang. Dadah jenis methamphetamine menjadi pilihan utama pelajar iaitu sebanyak 75 peratus diikuti ganja sebanyak 17 peratus.

“Anak-anak ini adalah generasi TN50. Ke mana hala mereka? Kita di Kementerian Pendidikan cukup bimbang,” kata Pesol.

Pesol antara ahli panel Forum Jihad Memerangi Dadah yang berlangsung di Dewan Besar ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad.

Forum Jihad Memerangi Dadah diadakan dengan kerjasama Majlis Perudningan Melayu (MPM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dan Utusan Melayu (M) Berhad.

Menurut Pesol usaha membanteras penyalah gunaan dadah dalam kalangan pelajar memerlukan kerjasama masyarakat. Ini kerana pengaruh yang menyebabkan murid terjebak dengan anasir dadah datang daripada luar sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *