Lelaki Lakukan Hubungan Intim bersama 57 orang Wanita dalam Satu Malam?

Singapura – Seorang lelaki telah memecahkan rekod dunia kerana berjaya melakukan hubungan intim bersama 57 orang perempuan yang berbeza dalam tempoh 24 jam.

Menurut Heraldeurope, rekod tersebut dipecahkan di Praha, Republik Ceko dalam acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan pusat pelacuran tempatan.

Lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Singapura itu telah berlatih bersungguh-sungguh selama beberapa bulan dan merasa sangat gembira setelah berjaya memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh seorang lelaki Amerika.

Lelaki Amerika sebelum itu dikatakan telah bercinta dengan 55 orang perempuan.

Lelaki yang identitinya dirahsiakan itu juga mengaku bahawa dia mempunyai ketagihan kepada seks.  Selepas mengetahui pusat pelacuran itu akan menganjurkan acara seperti itu, dia terus ingin mencubanya.

Menurut lelaki misteri itu, “Saya adalah seorang yang ketagih seks.  Bila sahaja saya tahu pusat pelacuran itu akan mengadakan acara untuk memecahkan rekod dunia, saya rasa saya harus pergi ke sana.”

Lelaki itu juga telah menganggap serius cabaran tersebut dan telah berlatih dengan bersungguh-sungguh.  Dalam peraturan acara itu menyatakan peserta tidak boleh membawa sebarang ubat untuk meningkatkan kekuatan mereka.

Selepas diperiksa, lelaki dari Singapura tersebut bebas dari sebarang ubat dan boleh menjadi peserta.  Selain itu, dalam peraturan acara juga menyatakan setiap peserta perlu melakukan ejakulasi dan mengeluarkan air mani lebih dari 5ml.

Juri yang bertugas akan mengukur jumlah air mani yang keluar pada sesi terakhir.

Selepas bersama dengan pasangannya yang ke 57, lelaki itu telah dibawa ke hospital untuk merawat alat kelaminya yang kepenatan.

Namun, berita yang tersebar itu dikatakan tidak benar dan ia hanyalah khabar angin sahaja.  Menurut Asia One, artikel itu telah menjadi tanda tanya kepada banyak pihak kerana banyak perkara yang tidak dinyatakan dengan jelas. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *